Isnin, 30 Jun 2014

Menanam Kurma Daripada Biji


Menanam Kurma Daripada Biji. Di Malaysia amat jarang dapat dilihat pokok kurma. Namun sejak akhir-akhir ini ada beberapa pihak yang berjaya menanam dan berbuah. Benih kurma selalunya boleh didapati dari nurseri tanaman, yang mana selalunya diimport dari luar negara.Tahukah anda bahawa kurma juga boleh ditanam daripada bijinya dengan mudah.

Berikut adalah cara-cara menyediakan sendiri benih kurma.
  1. Cari kurma yang enak dan anda sukai di pasaran, makan isinya dan kumpulkan bijinya.
  2. Kurma yang ada di pasaran ini memang tidak secara khusus diperuntukkan sebagai bibit, tetapi tidak masalah juga kerana hasil percubaan saudara Muhaimin Iqbal di Indonesia – kira-kira 1/3 dari biji kurma tersebut insyaAllah boleh tumbuh. (33% kejayaan).
  3. Rendam biji kurma tersebut dalam 24 jam, setelah itu bersihkan sisa-sisa isi buah yang masih ada. Ulangi sekali lagi untuk 24 jam berikutnya. Melalui cara ini kita membersihkan biji kurma sampai benar-benar bersih dari sisa-sisa isi buah. Jika isinya masih ada, ini mungkin menjadi penyebab kulat yang akan merosakkan benih.
  4. Biji yang telah benar-benar bersih, ditanam dalam bekas plastik supaya terjaga kelembabannya. Caranya di dasarnya bekas plastik diletakkan kertas tisu yang dibasahkan. Biji kurma ditempatkan di atas kertas tisu basah ini dan kotak ditutup. Dengan demikian di dalam kotak akan tetap lembab untuk waktu yang lama.
  5. Kegembiraan anda akan muncul setiap pagi ketika anda membuka kotak menunggu biji kurma mulai tumbuh. Agar ini juga menjadi kebahagiaan di akhirat nanti, maka niatkan bahawa perbuatan kecil ini adalah langkah awal anda untuk ikut memberi makan bagi dunia sampai ratusan tahun yang akan datang. Aamiin!
  6. Sekitar hari ke 15, akan mulai ada biji yang mengeluarkan bintik putih. Makin hari makin membesar, itulah bakal akar. Bila akar mencapai panjang satu atau dua cm, pindahkan biji benih ke pot-pot kecil yang diisi media tanam – boleh dibeli di nurseri tanaman.
  7. Sekitar satu bulan di media tanam, dari akar putih tadi akan mulai muncul daun. Gambar di bawah adalah gambaran dari benih-benih kurma yang sudah menghasilkan akar dan daun.
  8. Kemungkinan akar akan menembus pasu kecil anda, tempatkan pasu-pasu anda pada bekas yang berisi air – agar akar tidak kering dan membantu menjaga kelembaban tanah di dalam pasu.
  9. Setelah daun mencapai ketinggian 60 cm atau lebih pindahkan ke polybag atau pasu yang besar atau tanah yang sesuai.








Dengan cara sederhana ini insyaAllah anda sudah boleh menanam kurma. Namun para professional pertanian biasanya kurang menyukai cara ini kerana tidak tahu apakah kurma yang anda tanam itu nantinya tumbuh sebagai pohon kurma jantan atau pohon kurma betina.
Pekebun kurma pada umumnya suka kurma betina kerana dialah yang menghasilkan buah kurma nantinya. Dan setiap satu kurma jantan cukup untuk proses pendebungaan sekitar 20 pohon kurma betina. Untuk tanaman komersial, benih biasanya ditumbuhkan di makmal kultur yang mampu menetapkan anak pokok yang terhasil jantan atau betina.





Dengan ratio jantina 1:20, kebun kurma boleh memiliki hasil tuaian yang tinggi. Namun kelebihan tersebut cuma perkiraan manusia seperti kita yang penuh kelemahan dan keterbatasan dalam ilmu. Allah juga menjadikan jumlah kurma jantan dan betina itu relatif berimbang 1:1. Jadi kalau kita menanam kurma dari biji kira-kira peluang jantan dan betina adalah 50 : 50.


Jawapannya antara lain ada di hadith dari Abdullah bin Umar berikut :
“Ketika kami sedang duduk di sisi Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, lalu dihidangkan kurma yang sudah kering, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesungguhnya di antara pepohonan itu ada satu jenis pohon yang keberkahannya seperti seorang Muslim”. Lalu aku mempunyai perkiraan bahwa pohon itu adalah pohon kurma, aku berkeinginan menjawab : “wahai Rasulullah, itu adalah pohon kurma”, namun aku melihat bahwa di antara sepuluh orang yang ada aku adalah yang paling muda, maka akupun diam. Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bemudian bersabda : “ Iaitu pohon kurma” (HR. Muslim)


Kelebihan Kurma Jantan

Banyaknya kurma jantan yang melebihi keperluan untuk membuahi kurma-kurma betina – pasti kejadian ini penuh hikmah dan keberkatan.

Suatu penemuan oleh manusia antara lain adalah benang sari yang tidak digunakan untuk membuahi kurma betina, dapat menjadi obat kesuburan yang luar biasa bagi manusia dan haiwan. Bila dimakan manusia, manusia yang memakannya akan perkasa dan anaknya banyak – ini yang antara lain disukai oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yaitu bila umatnya memiliki anak yang banyak.

Bila dimakan oleh binatang ternakan, binatang ternakan akan kembang biak, serta memiliki anak-anak yang kuat dan banyak.ternak menjadi obat kesuburan bagi ternak, ternak-ternak akan memiliki anak yang kuat dan banyak.

Walhasil setelah anda bergembira setiap hari melihat pohon kurma tumbuh, jangan kecewa bila sekian tahun yang akan datang ternyata pohon kurma yang anda tanam adalah jantan. Jantannya pohon kurma-pun insyaAllah penuh berkah – bagi manusia, bagi binatang ternakan dan bagi anak cucu kita kerana pohon kurma mampu hidup melebihi 100 tahun.

Mudah-mudahan kegembiraan kecil ini juga boleh membuatkan kita menikmati kegembiraan yang hakiki di akhirat Nanti. Amin.


Catatan:

  • Di Malaysia, antara syarikat yang membekalkan benih kurma serta pakej khidmat penanaman ialah SYFUL TAMAR, di Chemor Perak.


Sumber :





Tips Kurma 3 : Teknik Alih Pokok Kurma



Tips Kurma 3 : Teknik Alih Pokok Kurma. 

Berikut adalah 7 teknik yang perlu dilakukan apabila mengalih anak pokok kurma dari poli beg ke lokasi tanaman (Pasu atau Tanah). 

Teknik-teknik ini mempunyai nilai tinggi untuk dipratikkan kepada semua jenis pokok dan tumbuhan.

Teknik Pertama :

Mulakan dengan kalimah Bismillah, bersihkan anak pokok dalam poli beg dengan mencabut rumput di permukaan tanah dan sekeliling beg poli. Bersihkan juga lokasi penanaman (pasu atau tanah) yang mahu dipindahkan. Cantas mana-mana dahan, ranting dan daun pokok yang telah layu.




Teknik Kedua :

Gali/Korek lubang tanah mengikut sukatan ketinggian tanah dalam poli beg. Sebagai contoh, kedalaman lokasi penanaman adalah bersamaan ketinggian tanah dalam poli beg yang sepanjang jari telunjuk. Boleh diukur dengan lidi, pembaris dan sebagainya.





Teknik Ketiga :

Lakukan pemotongan pada lubang terakhir sekeliling beg poli tersebut sehingga terdedah dasar tanahnya. Semasa proses pemotongan, sila ampu beg poli secara mengiring agar tanah tidak terlerai dengan banyak. Mana-mana akar yang terkeluar dari mana-mana lubang, 'ekjas' skil pemotongan anda supaya tak terpotong akar tersebut. Tapi kalau terpotong pun 'idok ngape', cuma anak pokok tu ambil masa la siket bagi 'merawat kecederaan' tersebut.



Teknik Keempat :

Pisahkan bahagian bawah yang dipotong itu daripada tanah secara perlahan-lahan agar tanah tidak terurai dengan teruk.





Teknik Kelima :

Dengan diiringi selawat sepanjang proses, letakkan anak pokok dalam beg poli yang telah dipotong bahagian bawahnya itu ke dalam dasar lubang yang telah digali. Kemudian tarik dengan perlahan-lahan dan lemah-lembut (petua ini bagi menzahirkan kasih sayang terhadap pokok yang ditanam) dari beg poli berkenaan.







Teknik Keenam :

Kambus kembali lubang dan siram secara kerap 2 - 3 kali sehari selama 2 minggu pertama. Amalkan juga pembajaan melalui baja organik sahaja.






Teknik Ketujuh :

Sentiasa berkomunikasi dengan pokok anda seperti memberi salam, bertanya khabar, ‘hamburan’ dengan kata-kata positif, belai dengan sentuhan lembut diiringi zikir, selawat dan doa. Ianya merupakan tonik terbaik agar pokok kita hidup subur dan segar bugar serta mampu mengeluarkan hasil yang membuak-buak dengan banyak kelak.




Semoga Anda Dipermudahkan untuk Mencuba..! :)

Artikel asal : Syful Tamar

Tips Kurma 2 : Agar Kurma Berbuah


Tujuan 'make over' adalah khusus untuk pokok kurma yang masih belum berbunga apatah lagi berbuah walaupun pokok kurma berkenaan sudah hampir sebaya dengan usia anak empunya pokok kurma tersebut. Boleh juga dipraktikkan kepadapokok kurma subur yang lain agar cepat mengeluarkan hasil buahnya.


Dan juga sangat praktikal diamalkan kepada pokok kurma berbunga atau/dan berbuah agar istiqomah mengeluarkan hasil.



Pokok Kurma yang hidup subur berbuah di Timur Tengah dan
sebahagian benua Afrika


Buat pengetahuan anda, tanah dan mukabumi negara kita bukannya seperti negara Timur Tengah serta Tanah Arab, bumi yang penuh barakah. Pokok kurma yang sihat di Malaysia ini mesti berpaksikan kepada penjagaan sesempurna mungkin bagi penghasilan buah. Sekiranya tidak berjaga dengan baik, pokok kurma tersebut hanya mampu menjadi penghias lanskap anda sahaja. Disebabkan faktor tersebutlah majoriti pokok kurma di Malaysia ini hanya mampu berbuah selepas tumbuh hidup antara 15 - 30 tahun. Jangkamasa tersebut teramatlah lama. Dan ada juga pokok yang langsung tak berbunga, apatah lagi berbuah..! Dan LEBIH MALANG lagi, pokok kurma 'veteran' berkenaan ditebang oleh pemiliknya atas keyakinan pokok kurma berkenaan memang tidak mampu berbuah langsung...!!!


'Imej' kebanyakan Pokok Kurma yang 'serabut' di Malaysia

Pertama sekali apa yang perlu ditekankan adalah dari segi 'paras rupa' pokok kurma tersebut. Lazimnya di Malaysia, dapat dilihat pokok kurma yang tumbuh samada di halaman rumah pemiliknya mahupun di perkarangan masjid, sungguh kesian sekali. Pokok paku pakis dan renek yang lain hidup subur 'tumpang glamour' di celah tunggul pelepah serta di celah dahan pelepah. Sepatutnya pokok paku pakis dan renek itu tidak dibiarkan tumbuh melata. Cabut keluar semua pokok-pokok tumpang berkenaan. Kikiskan lumut atau habuk pokok yang telah lama 'menginap' secara percuma. Singkirkan ulat atau kumbang pokok dari mendiami pokok kurma tersebut.



Keduanya masih dari segi keterampilan pokok kurma. Cantas dan takik pelepah kurma yang telah layu sehingga betul-betul rapat ke batang. Maknanya tiada lagi istilah 'tunggul pelepah' seperti yang kita biasa tengok pada pokok kelapa sawit. Maknanya juga kita boleh bersandar pada pokok kurma tanpa perlu terasa sakit tertusuk tunggul pelepah.

'Kekemasan' Pokok Kurma yang subur berbuah, tanpa
tunggul pelepah, bebas lumut dan serangga perosak


Sekiranya di tanam dalam pasu, pastikan rumput di dalam pasu berkenaan dicabut buang. Sekiranya ditanam di tanah pula, pastikan jarak secara bulatan antara setengah hingga dua kaki di sekeliling pepohon tamar dibersihkan daripada 'terhuninya' rumput.



Seterusnya kaedah penyiraman. Pokok yang baru dialih tanam ke dalam pasu atau tanah, siramkan 2 kali sehari dalam tempoh 3 minggu. Selepas daripada tempoh itu, sudah memadai dengan penyiraman sekali sehari atau boleh juga 3 kali seminggu.



Manakala pembajaannya disyorkan menggunakan 100% organik sebarang jenama. Diingatkan, hanya baja organik yang TIDAK BERASASKAN NAJIS sahaja. Ikuti panduan yang dimaklumkan penggunaannya oleh jurujual baja organik berkenaan. Sebagai alternatif khusus, anda juga boleh mendapatkan supplimen BIO-ORGANIK yang diformulakan oleh SYFUL TAMAR sendiri khusus untuk tumbesaran serta pembuahan pepohon tamar anda..! Info berkenaan supplimen BIO-ORGANIK, sila klik (di sini).




Segigih mana sekalipun anda mempraktikkan kaedah penjagaan pepohon tamar yang dikongsikan secara PERCUMA oleh kami, sehebat mana sekalipun baja yang digunakan bagi pembajaan pepohon tamar yang kami cadangkan, takkan sempurna untuk penghasilan pembuahannya sekiranya tidak diiringi dengan DOA.

DOA maksudnya di sini bukan sekadar berlisan sambil menadah tangan atau berbicara di dalam hati memohon kebaikan daripada-Nya, malah lebih meluas skop pengertiannya. Ianya mencakupi :


  • Iltizam dengan penuh optimis yang pokok kurma anda akan mengeluarkan hasil kelak.
  • B. Sentiasa berbicara dengan rangsangan kata-kata positif dan memberi belaian lembut terhadap pokok kurma bagi menzahirkan kasih sayang terhadap pokok kurma anda selaku makhluk Allah yang mendapat tempat di dalam Al-Quran serta sirah Nabi ini.
  • C. Berselawatlah tatkala memandang pokok kurma anda, ketika menyentuhnya dan juga ketika mempraktikkan kaedah penjagaan serta pembajaan yang dikongsikan.
  • D. Sayangi pokok kurma anda seadanya kerana status pepohon tamar dan buahnya yang merupakan penghias syurga serta menjadi antara makanan ruji para penghuninya kelak.




Diharapkan dengan info serba ringkas ini, mendatangkan manfaat kepada kita semua. Apalagi, 'make over'kanlah pokok kurma anda segera...!!!






Rencana Asal :

'MAKE OVER' POKOK KURMA ANDA YANG SEDIA ADA DAN YANG TELAH MEMBESAR

Sabtu, 28 Jun 2014

Kerusi dan Meja Laman

Kerusi dan Meja Laman. Perabot laman memainkan peranan yang penting dalam menceriakan halaman rumah anda. Di antara yang mendatangkan kedamaian untuk keluarga ialah kerusi dan meja. Di sini saya kongsikan beberapa gambar design kerusi dan meja laman.