Khamis, 24 Julai 2014

Rumah-rumah Tradisional Di Sabah dan Sarawak


Sabah dan Sarawak adalah negeri yang mempynyai banyak suku kaum pribumi selain Melayu. Oleh itu negeri ini amat kaya dengan warisan budaya tradisi yang pelbagai dan unik, termasuk senibinanya. Rekabentuk dan senibina rumah di sini banyak dipengaruhi oleh faktor geografi, keselamatan dan sosial. Jom kita lihat.


Rumah-rumah Tradisional Sarawak
Selain rumah tradisi Melayu, Sarawak amat terkenal dengan rumah panjang yang didiami oleh suku kaum Iban, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh. Kebanyakan rumah dibina berhampiran sungai yang merupakan laluan utama bagi masyarakat tersebut. Rumah panjang berkenaan mempunyai bilik-bilik untuk keluarga yang berjumlah antara 20 sehingga 80 bilik. Setiap rumah panjang boleh menempatkan antara 200 hingga 800 orang.

 
Rumah Melayu Sarawak

Rumah Panjang Iban Sarawak

Rumah Panjang Bidayuh Saarawak

Rumah Baruk Bidayuh Sarawak

Rumah Panjang/Rumah Tinggi Melanau Sarawak


Rumah-rumah Tradisional Sabah
Sabah kaya dengan masyarakat daripada pelbagai suku kaum tetapi pembinaan rumah mereka banyak dipengaruhi oleh kepercayaan mistik masing-masing. Rumah-rumah panjang untuk suku Rungus dan Murut mempunyai ruang seakan bilik untuk keluarga dan ruang bagi upacara tradisi suku kaum itu. Selain rumah panjang terdapat rumah individu seperti Rumah Bajau di Kota Belud dan Rumah Banggi di Pulau Balambangan, rumah buluh di Tambunan dan Rumah Lotud di kawasan Tuaran.

Rumah Bisaya Sabah

Rumah Iranum Sabah

Rumah Lotud Sabah

Rumah Palaok @ Bajau Laut Sabah

Rumah Panjang Rungus Sabah

Rumah Suluk Sabah

Rumah Bambu Kadazan Dusun Sabah











Rabu, 23 Julai 2014

Rumah-rumah Tradisional di Semenanjung Malaysia

Muzium Negeri Terengganu di Losong dibina berdasarkan senibina Terengganu

Rumah-rumah Tradisional di Semenanjung Malaysia. Rumah-rumah tradisional di negara kita sememangnya mempunyai rekabentuk dan ciri yang unik. Hasil ukiran tangan jelas kelihatan menghiasi sudut-sudut tertentu rumah. Setiap negeri mempunyai rekabentuk rumah tersendiri. Sebagai contohnya jika kita ke Negeri Sembilan, kita akan dapat melihat pengaruh atap minangkabau. Jika kita ke negeri Melaka pula, kita akan melihat binaan tangganya yang cantik. Jika kita ke Terengganu pula kita akan dapat melihat rumah-rumah yang tinggi tiangnya. Namun begitu ciri warisan kemelayuannya tetap terserlah tidak kira di mana rumah itu berada.

Selain faktor geografi, rekabentk rumah tradisi di Malaysia juga dipengaruhi oleh faktor keselamatan serta pengaruh senibina penjajah.



Rumah Tiang 12 Kelantan
Di Kelantan terdapat 2 jenis rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Bujang dan Rumah Tiang 12. Bentuk kedua-duanya tidak banyak beza. Rumah Tiang 12 ini hanya terdapat di beberapa kampung dan Bandar Kota Bharu, usianya hapir 100 tahun dan ianya semakin pupus.

Rumah jenis ini mengadungi 12 tiang utama pada rumah ibu, 6 tiang serambi dan 6 tiang panjang. Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang tabir layar. Pada pinggir tabir layarnya terdapat papan pemeleh atau tumpu kasau iaitu sepasang pemeleh ibu dan sepasang pemeleh serambi.

Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu bangunan rumah ibu yang mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan rumah dapur. Bangunan rumah tengah dan rumah dapur bebilik-bilik atau bersekat.



Rumah Limas
Rumah Limas banyak terdapat di Johor, Selangor dan Terengganu. Maksud Limas adalah bentuk timba atau takir yang diperbuat daripada daun pisang atau upih yang berbentuk tirus ke atas seperti piramid.

Seni bina rumah limas menitikberatkan aspek pengudaraan, pencahayaan dan keselamatan. Rumah limas dibina agak tinggi dari aras tanah bagi menggelakkan dimasuki air ketika musim banjir atau binatang buas pada waktu malam. Rumah Limas tidak memiliki pangkal serambi dan beranjung di bahagian hadapan. Ukiran atau jejaring yang ada pada setiap tingkap, bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga untuk memudahkan cahaya dan udara masuk ke dalam rumah.

Kebanyakan rumah limas Johor mempunyai “kolong” iaitu bahagian bawah rumah berpagar yang berfungsi sebagai tempat menyimpan barang.

Selain itu rumah limas di Muar biasanya biasanya memiliki struktur tambahan iaitu penambahan seperti pagar di bahagian bawah rumah yang dikenali sebagai "kolong" yang berfungsi sebagai tempat menyimpan barang. Rumah limas sebegini biasanya dikenali sebagai rumah baju kurung.

Ruang anjung rumah limas juga lebih besar dan luas kerana ia berfungsi sebagai tempat melayan tetamu dan sebagai tempat melakukan kerja-kerja seperti membaiki jala.

Rumah Limas Johor

Rumah Limas Johor


Rumah Limas Bungkus Terengganu
Di Terengganu terdapat beberapa bentuk rumah tradisional Melayu. Salah satunya ialah Rumah Limas Bungkus.  Ianya menjadi pilihan utama dan popular bagi orang-orang Melayu sejak dari kurun 20an. Kini tiada lagi rumah jenis ini dibina malah rumah-rumah yang sedia ada telah dibina sejak 40 atau 50 tahun yang lalu.

Ianya mudah dikenali. Bumbungnya terdiri dari sebuah perabung lurus dan bersambung pula dengan 4 buah perabung yang turun ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran. Rumah jenis ini mempunyai beberapa bentuk. Ada yang berbentuk panjang dan bersegi empat tepat. Ruangnya terdiri dari anjung, beranda, rumah tengah dan dapur.


Rumah ini dibina dengan kayu cengal, meranti dan kapur. Atapnya dari atap Senggora yang diperolehi dari Negeri Thai dan juga atap tanah tempatan.

Rumah Limas Bungkus



Rumah Bumbung Panjang Pulau Pinang
Di Pulau Pinang terdapat beberapa jenis rumah tradisional Melayu yang berlainan bentuk iaitu Rumah Bumbung Panjang, Rumah Serambi dan Rumah Serambi Gajah Menyusu tetapi semua jenis rumah ini kian pupus. Rumah Serambi Gajah Menyusu dapat dikenali dengan bentuk bumbungnya dimana bumbung ibu kelihatan lebih tinggi dari bumbung serambi. Rumah Serambi Gajah Menyusu, bumbungnya kelihatan tinggi rendah seperti seekor gajah sedang menyusukan anaknya. 

Rumah jenis ini menggunakan bumbung panjang jenis mendatar dan di muka tepi dindingnya dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar manakala komponen bangunanya terdiri dari rumah ibu dan dapur. Pembahagian ruangnya terdiri dari ruang rumah tangga, terletak dihadapan ruang serambi luar, ruang tengah, ruang serambi dalam, ruang gajah menyusu dan dapur. Bahan-bahan rumah ialah dari kayu seperti Cengal dan Meranti manakala atapnya dari Rumbia.

Rumah Bumbung Panjang


Rumah Melayu Melaka
Di Melaka rumah tradisionalnya dikenali dengan panggilan Rumah Melayu Melaka. Ia masih terdapat di seluruh Negeri Melaka sehingga kini. Rumah ini terkenal dengan tangga batunya yang disalut dengan jubin beraneka warna yang diimport dari China dan India. Rumah yang asli menggunakan 12 hingga 16 batang tiang utama pada bangunan induk atau rumah ibu. Komponen bangunannya pula terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur.

Pembahagian ruangnya pula terdiri dari ruang serambi, di hadapan adakalanya ditambah dengan ruang anjung yang bertangga. Di ruang tengah terdapat sebuah bilik dan diantara rumah ibu dan rumah dapur terdapat satu ruang dipanggil selang.

Terdapat di ruang tengah sebuah ruang di antara bumbung dengan bilik dipanggil peran atau loteng. Kegunaan ruang tersebut selain sebagai tempat tidur anak-anak gadis apabila terdapat majlis juga sebagai tempat simpanan barang-barang. Rumah ini biasanya dibina dari kayu cengal, meranti dan damar laut.

Rumah Melaka

Rumah Melaka


Rumah Melaka



Rumah Kutai
Rumah ini menggunakan seni binadari Aceh dan Bugis.Rumah ini terdapat di Perak dan Selangor  Rumah tradisional Melayu yang terdapat di Negeri Perak dipanggil Rumah Kutai. Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang, di sudut tepi dindingnya dipasang tebar layar yang diperbuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar layar terdapat pula alang para buang (peran) iaitu tempat menyimpan barang-barang. Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah ibunya. Rumah ibu pula terdiri dari ruang serambi, ruang tamu dan bilik. Di sebelah belakangnya ialah rumah dapur yang dipisahkan oleh ruang selang yang tidak beratap.Bahan-bahan binaan yang digunakan untuk membina rumah Kutai adalah seperti kayu dan buluh. Kayu digunakan untuk tiang dan rangka bumbung manakala dinding menggunakan pelupuh.

Rumah Kutai Selangor

Rumah Kutai Perak



Rumah Minangkabau Negeri Sembilan
Rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan sedikit sebanyak menyerupai bentuk rumah adat yang terdapat di Minangkabau. Bentuknya adalah memanjang dan bumbungnya sedikit melengkung di bahagian hujungnya. Muka tabir layarnya kelihatan tirus dan tinggi.

Komponen bangunannya terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Ruang ibu mempunyai ruang anjung dan serambi. Ruang tengah pula terdiri dari satu ruang kecil dan bilik.

Terdapat rumah-rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan mengandungi ruang di bawah bumbung yang dipanggil peran atau loteng. Ruang tersebut merupakan ruang tidur anak-anak gadis dan juga tempat simpan barang-barang

Rumah Negei Sembilan

Rumah Negeri Sembilan


Rumah Serambi Pahang
Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya. Pembahagian ruang rumah ini terdiri daripada rumah ibu dan dapur yang dipisahkan dengan ruang yang dipanggil selang. Ia juga mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan perbalai. Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang.Bagi ruang dapur ia mengandungi ruang pelantar yang digunakan untuk memasak dan membasuh.

Rumah Serambi Pahang

Rumah Serambi Pahang


Rumah Bumbung Panjang Perlis
Di perlis terdapat rumah tradisional melayu yang dikenali rumah panjang yang berusi lebih 70 tahun. Rumah jenis ini semakin pupus. Rumah bumbung panjang ini mengandungi banyak tiang, adakalanya berjumlah 24 batang tiang pada rumah ibunya. Bentuk rumahnya memanjang, bumbung panjang lurus mendatar, dihadapannya dipasang tebar layar yang berbentuk V terbalik.

Tebar layar merupakan sebahagian daripada tutup dinding bumbungnya yang diperbuat dari pelupuh yang berkelarai.Rumah panjang perlis diperbuat daripada kayu cengal dan damar laut, dindingnya daripada kelarai, atapnya daripada rumbia atau nipah dan adakalanya menggunakan genting senggora.

Komponen bagunan rumah berkenaan terdiri dari rumah ibu dan rumah dapur.Rumah ibu mengandungi ruang yang disebut ruang leper (serambi), bilik, ruang tengah dan ruang tamu. Rumah dapur terdiri daripada sebuah yang tidak tersekat tetapi telah di pisahkan oleh ruang yang dipanggil ruang selang

Rumah Bumbung Panjang Perlis


Rumah Tradisi Terengganu/Kelantan
Mungkin di sebabkan geo dan politik yang hampir sama, senibina indah rumah tradisi berikut banyak didapati di Terengganu an Kelantan. Rumah-rumah ini mempunyai kehalusan senibina dan seni ukir yang amat tinggi. Di antara ciri-cirinya ialah ukiran bermotifkan ayat Al-Quran dan motif alam, selain tidak menggunakan paku.


Rumah Terengganu






Rumah Kedah

Rumah Mahsuri di Langkawi, Kedah

Rumah Kedah

Rumah Kedah


Isnin, 21 Julai 2014

Khasiat Buah Strawberi


Strawberry berasal dari Amerika dan dikembangbiakkan dengan baik di daerah Amerika Utara untuk jenis Fragaria (Virginia strawberry, wild strawberry atau common strawberry) yang terkenal akan rasanya. Strawberi jenis Fragaria Chiloensis (beach strawberry, Chilean strawberry atau coastal strawberry) pula didapati di Amerika Selatan (Chile). Nama Fragaria diambil dari kata ”Fragans” yang artinya harum yang merujuk dari bau harum buah strawberry.

Beberapa etimologi dari kata Strawberry antara lain ialah;- dari kegiatan tukang kebun dengan menggunakan batang ”straw” untuk menanam pokok buah ini  atau juga dapat berasal dari zaman Anglo-Saxon. Kata kerja untuk menaburkan ialah“Strew”(bermaksud untuk menyebar di sekelilingnya), ”Streabergen” (Strea berarti ” menaburkan” dan Bergen berarti biji atau buah). Kemudian ia menjadi streberie, straiberie, strauberie, straubery, strauberry, dan akhirnya menjadi ”Strawberry”. Nama ini digunapakai kerana faktanya bahawa benih / biji dari buah ini ditaburkan ( Strewn ) sepanjang tanah.

Dalam sejarah Yunani kuno, strawberi dikenali sebagai lambang dewi Cinta kerana rupa dan sifatnya.. Keindahan cinta dilambangkan oleh warna, rasa, dan kebolehan buah ini. Dari segi fizikalnya buah ini terbilang cantiknya, menggiurkan, feminin, sensitif dan manis, seperti layaknya seorang wanita. Maka, banyak orang menyebut buah strawberry dengan buah cinta





Khasiat Makan Buah Strawberi

1. Menurunkan kadar kolesterol
Potassium di dalamnya merupakan salah satu mineral yang disarankan untuk ada dalam pola menu orang yang ingin menurunkan tekanan darah. Makan strawberi dapat membantu, kerana satu gelas strawberi mengandungi sekitar 270 miligram potassium. Jumlah yang sama juga menyumbang sekitar 4 gram serat, yang membantu menurunkan kadar kolesterol darah dan menyihatkan saluran pencernaan.

2. Mencegah kanser
Membantu melumpuhkan kerja Aktif kanser kerana asam ellagic yang dikandungnya. Vitamin A yang terdapat di dalam buah ini, dapat membantu mencegah pembentukan radikal bebas, vitamin C menjaga reaksi bahaya di dalam sel, vitamin E dan asam ellagic akan bertugas melindungi dinding sel dari kerosakan kerana radikal bebas.

3. Mencegah Leukimia
Buah strawberry juga memiliki efek terapi yang sangat baik untuk mencegah penyakit leukimia, anemia (kurang darah) dan penyakit darah. Dua jenis zat yang terkandung di dalamnya, “strawberi amine” clan “asam tanae,, memiliki efek mengekang pertumbuhan dan terjadinya tumor ganas.

4. Mempertajam daya ingat serta kesehatan mental dan menjaga penglihatan agar terang.
Faedah ini dapat diperolehi jika kita secara rutin mengambil strawberry, paling tidak satu sampai tiga gelas minuman stawberi. Penelitian juga telah menunjukkan bahwa bahawa, selain memiliki efek anti - anemia, folat yang ditemukan dalam buah strawberry juga bermanfaat untuk meningkatkan daya ingat, konsentrasi dan kemampuan otak untuk memproses informasi . Ini juga penting untuk mencegah cacat otak pada bayi semasa ibu hamil.

5. Anti Penuaan (Awet muda)
Buah lambang cinta ini ternyata juga memiliki konsentrasi tujuh zat anti oksidan yang lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain, sehingga strawberry merupakan buah yang efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh kerana radikal bebas. Kandungan vitamin BI, B2, C dan Provitamin A pada strawberry dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit lebih cerah, bersih serta dapat mencegah terjadinya pengeriputan pada kulit.  

6. Menegangkan Kulit
Strawberry yang dimakan secara teratur dapat menegangkan, menghaluskan, serta membuat warna kulit lebih cerah dan bersih. Selain memakannya secara teratur anda juga boleh mencoba resepi ‘homemade’ lulur strawberi ini. Siapkan :-
     a.  3 buah strawberi segar,
     b.  3 sudu makan madu,
     c.  3 sudu makan baking soda,
     d.  3 sudu makan gula pasir,
     e.  sedikit air.
Kemudian blenderlah semua bahan tadi hingga lembut. Strawberi akan membuat kulit  halus dan wangi, madu dipercayai mengandung banyak vitamin E, baking soda akan membantu membersihkan kulit, sedangkan gula yang berbentuk butiran akan bekerja seperti scrub yang akan membantu menghilangkan tompokan sel-sel kulit mati pada kulit anda.

7. Sesuai bagi pengidap diabetes
Buah ini hanya mengandung sedikit gula sehingga tidak memudaratkan penderita diabetes. Antosianin tergolong dalam komponen flavonoid. Senyawa ini merupakan pigmen pemberi warna merah pada strawberi. Anthocyanin memiliki efek dalam menurunkan tekanan darah serta melindungi terhadap masalah-masalah yang disebabkan oleh diabetes.

8. Ketenangan hati
Pengambilan buah strawberry dapat merangsang pelepasan serotonin, yang dapat meningkatkan suasana hati sekaligus bertanggung untuk menjaga suasana hati tetap baik dan rileks.

9. Memutihkan Gigi
Dapat dijadikan sebagai pemutih gigi, dengan menghancurkannya kemudian di tempelkan pada gigi selama satu atau dua minit, kemudian gosok dengan berus gigi secara menyeluruh. Selain gigi menjadi putih, bau mulut pun akan hilang.


Tips penyimpanan buah strawberi
Strawberry sebaiknya dimakan sesegera mungkin dan usahakan jangan dicuci kecuali jika ingin dimakan. Strawberry sebaiknya disimpan dalam bekas tertutup untuk mencegah kerosakan . Strawberry juga tidak boleh terkena sinar matahari untuk waktu yang lama kerana akan membuatnya cepat rosak.


Semoga bermanfaat.




Menanam Strawberi Daripada Biji Benih


Sejak kebelakangan ini penanaman tanaman buah-buahan hawa sederhana mendapat perhatian ramai sebagai tanaman penghias laman rumah. Selalunya strawberi dibiakkan melalui sulurnya, tetapi ia juga boleh ditanam melalui biji benihnya. Tentu anda juga ingin menyemai dan menanam strawberi dari biji dengan cara yang betul? Kali ini saya akan kongsikan cara Menanam Strawberi Daripada Biji Benih, moga bermanfaat untuk kita semua, hasil pencarian saya daripada berbagai sumber.


Antara jenis strawberi yang popular di Indonesia

Menarik, antara varieti yang ditawarkan di internet

Penyediaan Biji Benih
  1. Dapatkan biji benih strawberi yang anda suka, hasil daripada buah yang anda makan atau biji benih yang dibeli
  2. Rendam biji strawberi dalam air hangat selama 12-24 jam untuk merangsang pertumbuhan, atau boleh juga lakukan "cold stratifying" iaitu dengan meletakan biji di atas kapas atau tissue lalu dimasukkan plastik ziplock dan dimasukan ke dalam freezer selama 2-4 minggu. Kebanyakan orang hanya merendam untuk membolehkan biji benih segera disemai.
Cara keluarkan biji benih daripada strawberi pilihan anda

Menyemai Biji Benih
  1. Penyemaian sebaiknya menggunakan toples/tupperware/bekas plastik berwarna putih/hitam, jangan yang berwarna!! Cuci bersih jangan sampai tidak ada bekas minyak atau bekas makanan lain.
  2. Letakkan 2 lapis atau lebih tumpukan tisu di dalam bekas tersebut dan basahi dengan air mineral. Cukup basah saja, jangan sampai tergenang. Mengapa air mineral? Kerana air perigi/paip banyak mengandungi zat yang membantut pertumbuhan benih.
  3. Tabur benih di atas tisu, pastikan tidak ada benih yang melekat satu sama lain. Beri jarak untuk akar yang akan tumbuh.
  4. Tutup bekas tersebut dan simpan di tempat sejuk yang TIDAK terkena panas matahari.
  5. Kawal bekas 3-4 hari sekali dan pastikan tisu tetap basah dan lembab.
  6. Benih strawberry/blueberry/berry jenis lain biasanya memerlukan waktu 2 minggu untuk bercambah. Perlu diingat bahawa kecepatan percambahan setiap benih berbeza.
  7. Jika benih bercambah, tunggu hingga panjang akar mencapai 5mm-1cm sebelum dipindahkan ke media tanam.

Cara Penanaman
  1. Bekas tanaman sementara boleh terdiri daripada gelas plastik/potongan botol. Pastikan air tidak dapat menggenang di wadah tanam (tebuk lubang kecil di bawah bekas tersebut).
  2. Gunakan media tanah gembur berkompos dan sedikit berpasir. Dapat juga menggunakan cocopeat/sekam yang dicampur tanah, perbandingan 1:1
  3. Buat lubang kecil di media tanam, kedalaman 5mm-1cm dan pindahkan anak pokok dengan menggunakan bantuan alat seperti penyepit/lidi. JANGAN menggunakan jari secara langsung!!
  4. Anak pokok sebaiknya tertanam dengan lapisan tipis di atasnya. Jangan terlalu tebal.
  5. Siram bekas tanaman secukupnya, jangan terlalu banyak air kerana akan membuat anak pokok menjadi busuk.
  6. Tutup bekas tanaman dengan plastik jernih (transparent), diikat dengan gelang getah. 1 - 2 lubang kecil dibuat pada pastik penutut untuk peredaran udara. Langkah ini adalah untuk menjaga kelembaban media tanam sehingga tidak harus selalu disiram.
  7. Simpan bekas tanaman tadi di tempat berdekatan dengan jendela yang agak hangat, jangan ditempat yang panas. Sangat perlu untuk diletakkan di tempat yang hangat dulu sebelum boleh terkena sinar matahari, apa lagi jika anda yang tinggal di dataran rendah. Tips Menanam Strawberi Di Dataran Rendah di bawah bakal sangat membantu.
  8. Anak strawberry boleh dipindah ke luar ruangan/outdoor jika sudah memiliki 6 daun, tetapi sebaiknya jangan terkena cahaya matahari langsung dulu. Ini adalah supaya tanaman belajar beradaptasi untuk berada di tempat panas. 
  9. Jika sudah cukup besar / memiliki 8 daun, pindahkan ke bekas tanaman tetap (dapat berupa polybag atau pasu).
  10. Jangan diberi sebarang baja sebelum tanaman berumur 2 bulan.
Anak pokok strawberi

Tips Menanam Strawberi Di Dataran Rendah

Strawberry adalah tanaman buah yang tumbuh dengan baikl di dataran tinggi yang sejuk. Namun, bagi anda yang tinggal di dataran rendah dan ingin menikmati manisnya buah strawberry yang ditanam sendiri di rumah, Anda tidak perlu risau, strawberi juga boleh tumbuh di dataran rendah.

Perkara-perkara yang perlu anda ketahui sebelum menanam strawberi di kawasan bersuhu panas:

Di dataran rendah, anak pokok strawberi perlu dilatih menyesuaikan diri dengan cuaca panas

Strawberry pada habitatnya merupakan tanaman yang tumbuh di tempat sejuk. Apabila anda berada di dataran rendah, sebaiknya jangan memulakan penyemaian strawberry tersebut ketika musim kemarau yang panas. Mulakan semasa suhu tidak ekstrim, kalau perlu ketika musim hujan dan letakkan di tempat yang tidak terkena hujan atau di bawah teduhan (indoor).

Setelah anak strawberi tumbuh, mulalah melatih pokok itu menyesuaikan dengan cuaca panas secara beransur-ansur.Bagaimana caranya? Secara bertahap letakkan pokok tersebut di kawasan yang panas, misalnya dekat jendela dan harus terang pada siang hari tetapi tidak terkena sinar matahari secara langsung.

Tanaman jangan dibiarkan terkena matahari langsung selama 1-2 bulan. Jika sudah tumbuh dengan baik di tempat yang panas, ia harus diajar lagi terkena sinar matahari secara bertahap. Misal pada minggu pertama berikan sinar matahari pagi 2-4 jam sehari, minggu kedua sinar mataharinya lebih lama dalam sehari, minggu berikutnya lebih banyak sehingga pokok mampu kena sinar matahari sepanjang hari.

Tanaman strawberry pada habitatnya menyukai sinar matahari yang banyak. Langkah penyesuaian di atas amat perlu dilakukan untuk kejayaan anda.



Ahad, 20 Julai 2014

Ikan Talapia - Asal Usul dan Kaedah Ternak

Di Malaysia terdapat 2 jenis (spesies) ikan Talapia yang diketahui, ikan Talapia Merah dan ikan Talapia Hitam. Bagaimanapun terdapat lebih lebih kurang 30 spesies ikan ini dari jenis yang sama seluruh dunia. Talapia merupakan spesis ikan yang mudah hidup disamping mempunyai daya tahan yang tinggi, menyebabkan ianya menjadi pilihan utama penternak ikan air tawar.


Talapia Merah

Talapia Hitam

Di Malaysia, iIkan talapia hitam banyak terdapat di lombong-lombong dan kolam terbiar, mungkin disebabkan faktor di atas selain kadar pembiakan yang banyak.
.
Talapia juga dikatakan menjadi ikan tangkapan yang penting di Afrika dan Levant. Dikatakan asal usul ikan ini adalah dari negara tersebut. Ikan Talapia Hitam (Oreochromis niloticus) merupakan ikan dari Sungai Nil. Ikan ini mula dijumpai di Malaysia pada tahun 1969 dan telah tersebar dengan meluas di beberapa daerah terutamanya kawasan sawah padi.

Ikan talapia merupakan ikan ketiga penting dunia selepas karp dan salmonid, dengan pengeluaran 1,505,804 tan metric pada 2002. Merupakan projek akuakultur yang penting di negara-negara dengan iklim sederhana seperti ASEAN. Di zon sederhana, penternakan ikan talapia memerlukan tenaga bagi memanaskan air kepada suhu tropika, kebiasaannya menggunakan haba sampingan dari kilang dan logi kuasa.


Nama-nama lain ikan talapia
  1. Di Taiwan ikan ini di panggil “Wu-Kuo”. Di pekenalkan dalam tahun 1946. Ikan Talapia di Taiwan adalah kacukan Oreochromis mossambicus dan Oreochromis niloticus niloticus. Merupakan ikan yang penting di dalam Taiwan untuk pasaran tempatan dan pasaran eksport. Kebanyakan ikan talapia di Taiwan di eksport ke Jepun dan Amerika.
  2. Di China ikan talapia di panggil “Luofei”, berdasarkan dari nama asal ikan ini: Nil dan Afrika (niLUO dan FEIzhou dalam bahasa Cina)
  3. Di Filipina ikan talapia disebut “pla-pla”.Pada 11 Januari 2008 Lembah Cagayan dijadikan pusat talapia Filipina. Penternakan ikan di Filipina adalah sangat menggalakkan,ini adalah kerana ikan ini digunakan dengan banyak cara, goreng, panggang, sinigang(masakan Filipina) dan banyak lagi resipi untuk ikan ini. Malah terdapat anugerah penternak ikan talapia yang berjaya. .
  4. Di Indonesia, ikan ini dikenali sebagai “ikan nila”. Diperkenalkan pada tahun 1969 dari Taiwan. Ada juga yang datang dari Thailand (Nila Citralada), Filipina (Nila GIFT) dan Jepun (Nila JICA). Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi Indonesia turut menghasilkan spesies baru “genetically supermale Indonesian tilapia” (GESIT). GESIT akan mengeluarkan benih 98% - 100% ikan talapia jantan. Kelebihan ikan ini adalah monoseks iaitu boleh menghasilkan benih ikan tanpa perlu persenyawaan.
  5. Di Arab Saudi, nama ikan talapia ialah “bolty”. Di Kenya dikenali dengan nama “ngege”.
  6. Di Amerika Syarikat, pengeluaran ikan talapia adalah sebanyak 1.5 juta tan pada tahun 2005. Penduduk dengan pendapatan rendah merupakan pembeli utama ikan talapia untuk mendapatkan makanan yang memenuhi keperluan diet mereka. Kebanyakan ikan talapia yang diternak di negara ini adalah dari spesies ikan talapia biru (Oreochromis aureus)
Ikan talapia makin terkenal masa kini. Berbagai resepi masakan talapia dicipta saban hari, malah banyak juga dijadikan juadah jamuan khenduri kahwin. Talapia mudah didapati di pasar-pasar, pasar malam malah supermarket juga turut menjual talapia.

Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati. Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM5.00- RM6.00 sekilogram..


TERNAKAN IKAN TALAPIA 

Ternakan ikan tilapia. Ada sesiapa di antara anda yang terlibat dengan perniagaan ikan tilapia? Samada pembeli atau pembekal ikan talapia merah / hitam. Bukan apa maklumat perniagaan yang ingin aku kongsikan kali ini adalah tentang perniagaan ikan tilapia. Jadi sekiranya terdapat dikalangan anda yang mempunyai pengalaman dan info tambahan, bolehla kongsi bersama aku melalui ruangan komen di bawah. Apa yang aku hendak aku kongsikan adalah beberapa maklumat mengenai harga ikan tilapia, ternak ikan talapia merah, dapat pinjaman untuk penternakan, panduan membina kolam ikan / panduan membina kolam ikan kecil dan beberapa teknikal lain yang berkaitan.

Harga Terkini Ikan Tilapia.
Untuk pengetahian anda, harga terkini/pasaran dengan harga tawaran berbeza. Selalunya harga tawaran lebih rendah daripada harga terkini. Selain itu harga juga bergantung pada saiz ikan, lokasi tempat (ikut negeri) dan cara penternakan (teknologi Taiwan). Daripada survey aku baru-baru ini, aku dapati harga terbaru (update) ikan tilapia ialah RM5.50 per kg di mana saiz ikan adalah 700gm – 1kg seekor, manakala di Seremban harga tilapia merah RM8-10/kg. Sekiranya anda mempunyai harga ikan talapia yang lebih terkini di lokasi tempat anda sila masukkan di ruangan komen. Nanti aku update semula di dalam artikel ini.


Kaedah Penternakan Ikan Tilapia 
~ Sumber HarizAmrry.Com

Pemilihan Tapak
Tapak serta lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar. Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air. Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameter-parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah ( Oreochromics niloticus ) adalah :
  1. Suhu air – 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C )
  2. pH air – 6-8
  3. Oksigen terlarut – lebih dari 2.5 ppm
  4. Karbon dioksida – kurang dari 2.5 ppm
  5. Ammonia – kurang dari 1.0 ppm
  6. Kemasinan – 0-20 ppt
Kedalaman air antara 3 – 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar. Kedalaman air melebihi 1 meter antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar. Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen culture). Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati. Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa arus kuat.

Rekabentuk dan Pembinaan Sangkar Ikan Tilapia
Modul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap ‘array’. Saiz kerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45m iaitu 3.45m panjang dan 0.45m tinggi. Struktur kerangka sangkar menggunakan bahan plastik HDPE (High density polyethlene ). Saiz mata pukat 25.0 mm yang digunakan sesuai untuk pertukaran air yang maksimum. Kedalaman jaring pukat kurungan ikan adalah antara 1.8 – 2.0 meter. Isipadu jaring kurungan ikan dalam sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18 meter padu. Sangkar yang menggunakan kerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi mengurangkan kos.

Pengurusan Anak Ikan Tilapia Merah
Dalam penternakan ikan tilapia. Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna dapat mengurangkan kos pengeluaran serta memendekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan. Biasanya, anak ikan tilapia yang berumur dalam lingkungan 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor akan dipindah ke sangkar ternakan. Terdapat 3 peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu peringkat pengasuhan anak ikan, pelepasan stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz.

Pengasuhan Anak Ikan Tilapia Merah
Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam sangkar atau kolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan yang sihat, cepat membesar dan bersaiz seragam (50-70 gm seekor) serta memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar. Pengasuhan anak ikan tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan dalam sangkar menggunakan ’haba’.

Kadar Pelepasan Benih
Kadar pelepasan benih (stoking rate) bergantung pada peringkat pembesaran dan mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada peringkat awal, anak benih bersaiz kecil antara 2.5 – 5.0 cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kerjakerja asuhan boleh dilakukan di dalam sangkar dan kolam tanah. Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar,peringkat asuhan antara 3,000 – 4,000 ekor sesangkar. Kadar pelepasan anak ikan peringkat asuhan dalam kolam tanah adalah 350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 7-10cm (50-70 gram seekor), anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar ternakan dengan jumlah 500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m x 6 m jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000 ekor .

Kadar Pemberian Makanan Ikan
Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira anggaran berat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hari berkenaan. Seterusnya dikira jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari berat badan bagi keperluan setiap sangkar.

Penuaian Hasil Ikan Tilapia
Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran restoran, keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400 kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan terkejut(stress).

Pemasaran Ikan Tilapia
Pada masa ini pasaran ikan tilapia di kawasan MADA hanya tertumpu untuk kegunaan dalam negeri sahaja. Pemasaran ikan tilapia dilakukan melalui dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan mati. Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati. Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM5.00- RM6.00 sekilogram.



Sumber :
Google

Apakah Akuaponik


Akuaponik adalah gabungan sistem akuarium dan sistem hidroponik. Ianya adalah satu sistem simbiosis kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang saling bergantungan di antara satu sama lain bagi menghasilkan produk agro yang segar dan berkualiti tinggi.

Dalam keadaan semulajadi, sisa perkumuhan hidupan akuatik yang diternak di dalam tangki/akuarium akan menyebabkan air menjadi bertoksik kepada hidupan akuatik tersebut, tetapi kandungan toksik ini sebaliknya pula akan bertukar menjadi suatu sumbangan nutrisi yang tinggi zat dan khasiatnya bagi tumbuhan yang ditanam secara hidroponik.

Sistem Akuaponik ini akan menyalurkan air dari tangki hidupan akuatik yang bertoksik itu kepada tumbuhan dan ianya akan menyerap dan mendapatkan sepenuhnya zat nutrien yang dihasilkan daripada perkumuhan hidupan akuatik tadi. Selepas itu, secara semulajadi tanaman itu akan membekalkan semula air yang bersih dan bebas toksik bagi hidupan akuatik tersebut.

Hidupan akuatik yang tinggal dalam air tawar amat sesuai untuk diaplikasikan kepada sistem Akuaponik ini kerana kebanyakan tanaman memerlukan air tawar untuk hidup. Hidupan air masin boleh juga digunakan, tetapi tanaman yang akan digunakan juga perlulah sesuai dengan air masin itu tadi.

Sistem ini akan memastikan kitaran semulajadi ini akan berterusan tanpa henti. Air hanya perlu ditambah apabila hanya untuk menggantikan kekurangan air yang disebabkan oleh penyerapan oleh tanaman, penyejatan secara semulajadi oleh udara dan juga apabila tangki ikan tadi dibersihkan.





FUNGSI
Akuaponik terdiri daripada dua (2) bahagian utama iaitu :

1. Bahagian Akuakultur : Digunakan untuk menternak hidupan akuatik
2. Bahagian Hidroponik : Digunakan untuk membesarkan tanaman

Peralatan yang terpenting di dalam aplikasi sistem Akuaponik adalah pam air. Tanpa pam air, sistem ini tidak akan dapat berfungsi dengan sepenuhnya kerana pam air boleh diibaratkan sebagai 'jantung' kepada sistem ini. Pam air inilah yang akan membawa air sisa takungan hidupan akuatik yang bertoksik itu kepada tumbuhan untuk diserap sebagai sumber nutrien untuk pembesaran tanaman.


SEJARAH
Sepertimana sistem lain, sistem Akuaponik ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri, walaupun terdapat beberapa perdebatan mengenai awal kewujudannya.

Dalam sejarah kuno, dikatakan, kaum etnik Aztec (satu suku kaum Mexico yang mendominasi keseluruhan besar Mesoamerika yang hidup sekitar abad ke-14 hingga 16) yang memulakan penggunaan sistem Akuaponik ini dalam kehidupan seharian mereka.

Di Asia pula, China Selatan dan Thailand dikatakan telah lama mengamalkan kaedah Akuaponik ini dalam penanaman padi dimana terdapat kombinasi dengan hidupan akuatik seperti ikan keli, belut, puyu dan pelbagai lagi spesis ikan air tawar.

Di negara Barat pula, para saintis di Institut New Alchemy (Cape Cod, 1969-1991) telah memulakan eskperimen bagaimana untuk menukarkan sisa perkumuhan ikan kepada baja yang boleh digunakan sebagai sumber pembesaran tumbuhan.

Negara Amerika Syarikat, Kanada, Barbados (Amerika Selatan) dan juga Australia telah mula mempopularkan sistem Akuaponik ini yang terdapat dalam skala besar dan juga skala kecil. Mereka mula mempelbagaikan jenis hidupan akuatik dan juga tanaman yang sesuai diaplikasikan ke dalam sistem ini.

Manakala di Malaysia, sistem ini masih boleh dikatakan baru di kalangan warganya kecuali mereka yang berkecimpung di dalam bidang akuakultur dan teknologi agro.


MENGAPA HARUS AKUAPONIK?

Teknik Akuaponik memiliki sangat banyak keuntungan berbanding kaedah penanaman konvensional., antara lain :
  1. Populasi tanaman organik yang dapat ditanam 10 kali lebih banyak. Dengan akuaponik tanaman dapat ditanam dengan kepadatan tinggi dengan sistem terapung di atas air. Sistem ini mampu menampung hingga 10 kali ganda jumlah tanaman pada keluasan yang sama. Dan setiap akar tanaman mendapat bekalan air yang kaya dengan zat nutrien.
  2. Tidak diperlukan lagi kerja membuang rumput-rumpai. Sistem ini menghilangkan kegiatan membuang rumput-rumpai.
  3. Tidak ada lagi hama tanah. Tidak diperlukan lagi racun pestisida, sehingga sayuran yang anda tanam bebas dari racun kimia.
  4. Tidak perlu lagi penyiraman. Sistem akuaponik menggunakan hanya 2% dari keperluan  air pada cara penanaman konvensional. Air secara konsisten disirkulasikan, dan tidak akan kehilangan air akibat penyerapan tanah. Akar tanaman terendam dalam air bernutrisi.
  5. Mendapatkan hasil berganda. Selain sayuran yang dapat dijual, ikannya pun dapat dijual, kerana sistem aquaponik menghasilkan keduanya.
  6. Tanaman tumbuh 2 kali lebih cepat. Sebagai contoh tanaman salad yang biasanya dituai setelah 60 hari, dengan sistem ini hanya dalam waktu 29 hari sudah dapat dituai.
  7. Menggunakan tenaga (energi) 70% lebih rendah daripada kaedah penanaman konvensional.