• HOME
  • SITEMAP
  • Menu2
  • Menu3
  • Kontak
  • IKLAN PENIAGA DAN PEMBEKAL
  • Versi Mobile
Anjung Laman
  • Home
  • Daftar Isi
  • Akuakultur
    • Akuarium Air Tawar
    • Akuarium Marin
    • Kolam Hiasan
    • Ikan Hiasan
    • Ikan Air Tawar
    • Ikan Marin
  • Laman
    • Perabot Laman
    • Buaian Taman
    • Gazebo Pergola
  • Menu 2
  • Info Tani
    • Anggur
    • Akuaponik
    • Buah Naga
    • Kurma
    • Strawberi
  • Versi Mobile
  • Translate
Home > Akuakultur > Discus > Ikan Air Tawar > Ikan Hiasan > Kenali Ikan Discus (Part 1) Translate ►

Kenali Ikan Discus (Part 1)

Unknown
Akuakultur Discus Ikan Air Tawar Ikan Hiasan
Jumaat, 4 Julai 2014
Belum ada komentar

Kenali Ikan Discus (Part 1). Discus (Symphysodon spp.) adalah satu dari tiga spesies ikan airtawar cichlid yang berasal dari lembah Sungai Amazon. Discus adalah sejenis ikan akuarium yang popular di beberapa negara Asia.


TAKSONOMI


Discus tergolong dalam Symphysodon, yang mana kini merangkumi tiga jenis spesies:
  • Discus biasa (Symphysodon aequifasciatus),
  • Discus Heckel (Symphysodon discus) dan
  • Spesies baru yang belum diberi nama iaitu Symphysodon tarzoo. 
Bagaimanapun, sebuah kajian lanjut yang diterbitkan pada bulan Ogos 2007 mencadangkan bahawa genus dikelaskan dalam spesies: S. aequifasciatus (discus hijau), S. haraldi (discus biasa/biru/perang) dan S. discus (Discus Heckel). Kedua-dua kajian mencadangkan tiga jenis spesies; dengan pengecualian akan nama-nama saintifik bagi setiap satunya.


PENAMPILAN

Sepertimana cichlid dari genus Pterophyllum, kesemua spesies Symphysodon memiliki badan yang pipih. Berlawanan dengan Pterophyllum, yang mana sirip belakang yang menonjol menjadikan bentuk badan Symphysodon seolah-olah bulat. Dari bentuk badan inilah nama “discus” diterbitkan. Sisi ikan ini biasanya memiliki corak-corak berwarna hijau, merah, perang dan biru. Tinggi dan panjang ikan matang adalah kira-kira 20–25 cm (8–10 in)


PEMBIAKAN

Ciri-ciri lain spesiesSymphysodon adalah penjagaan mereka akan larvanya. Proses mengawan akan mengambil masa sehingga dua minggu dan telur-telur akan mula menetas selepas dua atau tiga hari selepas telur jantan dan betina disenyawakan. Sepertimana kebanyakan ikan cichlid, penjagaan anak dilakukan oleh kedua-dua ikan betina dan jantan. Selain itu, discus dewasa mengeluarkan secretion melalui kulitnya, yang mana larva bergantung hidup pada beberapa hari pertamanya. Kelakuan ini juga dapat diperhatikan pada spesies Uaru. Walaubagaimanapun, bagi pembiakan di dalam kurungan, larva akan bergantung hidup pada ibu dan bapanya untuk beberapa minggu


LOKASI DAN HABITAT

Spesies Symphysodon mendiami tasik-tasik dan sungai-sungai di dataran banjir di tanah rendah lembangan Sungai Amazon, di mana ia merupakan sebahagian daripada kepelbagaian ikan Neotropical.

Tiga spesies dari Symphysodon mempunyai taburan geografi yang berbeza. S. aequifasciatus boleh dijumpai di Rio Solimões, Rio Amazonas dan Río Putumayo-Içá di Brazil, Colombia dan Peru. Berbeza dengan taburan S. discus yang boleh ditemui dengan terhad di hilir sungai-sungai Abacaxis, Rio Negro dan Trombetas. S. tarzoo boleh dijumpai di hulu Manaus di barat Amazon

Akuarium Discus


GAMBAR VARIETI DISCUS





Rujukan

Wikipedia
Google
Slideshare


Share to

Facebook Google+ Twitter Digg
Masukan email Anda untuk Dapatkan Update terbaru dari Rismawan.NET.Gratis!
Next
« Post Lebih Baru
Previous
Post Lama »

0 ulasan:

Click here for ulasan

Terima kasih sudah berkomentar
Papar versi mudah alih
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
  • Follow
  • Circle us
  • Like us
  • Subscribe

Artikel Popular

  • Rumah-rumah Tradisional Di Sabah dan Sarawak
  • Rumah-rumah Tradisional di Semenanjung Malaysia
  • Menanam Strawberi Daripada Biji Benih
  • 5 Kesilapan Semasa Membina Rumah
  • Tumbuhan Penghalau Nyamuk Penyeri Laman

Arkib Blog

  • ▼  2014 (25)
    • ▼  Julai (11)
      • Rumah-rumah Tradisional Di Sabah dan Sarawak
      • Rumah-rumah Tradisional di Semenanjung Malaysia
      • Khasiat Buah Strawberi
      • Menanam Strawberi Daripada Biji Benih
      • Ikan Talapia - Asal Usul dan Kaedah Ternak
      • Apakah Akuaponik
      • Panduan Memilih Ikan Koi
      • Ruang Iklan Percuma Bagi Pembekal Produk Pertanian...
      • Tumbuhan Penghalau Nyamuk Penyeri Laman
      • Kenali Ikan Discus (Part 1)
      • 5 Kesilapan Semasa Membina Rumah
    • ►  Jun (14)

Label

Akuakultur Akuaponik Anggur Arowana Discus Dragon Fruit Gazebo Ikan Air Tawar Ikan Hiasan Koi Kolam Hiasan Kurma Laman Perabot Laman Pertanian Rumah Senibina Serai Strawberi Talapia Tanaman

Sembang-sembang

Tools

Online Casinos

Jumlah Paparan Halaman

SEO Reports for anjunglaman.blogspot.com My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free Visit Anjung Laman at Ping.sg

Pautan Favourite

  • Afnan Hidroponik
  • Ahmad Faiz Dot Com
  • Benih Anggur Strawberry
  • Blog Abd Rashid Makhtar
  • Fazlisyam Dot Com
  • Hanafiah Fish Farmer
  • Mahfudz Aquaponik
  • Shamza Agro Product
  • Tanaman Sendiri
  • Terbeliak
  • New Movie 22
Tutorial Here

Blogger

Google+

Facebook

Soundcloud
Copyright © 2014 Anjung Laman - All Rights Reserved | Template by Maz Mawan - Powered by Blogger