Akuaponik adalah gabungan sistem akuarium dan sistem hidroponik. Ianya adalah satu sistem simbiosis kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang saling bergantungan di antara satu sama lain bagi menghasilkan produk agro yang segar dan berkualiti tinggi.
Dalam keadaan semulajadi, sisa perkumuhan hidupan akuatik yang diternak di dalam tangki/akuarium akan menyebabkan air menjadi bertoksik kepada hidupan akuatik tersebut, tetapi kandungan toksik ini sebaliknya pula akan bertukar menjadi suatu sumbangan nutrisi yang tinggi zat dan khasiatnya bagi tumbuhan yang ditanam secara hidroponik.
Sistem Akuaponik ini akan menyalurkan air dari tangki hidupan akuatik yang bertoksik itu kepada tumbuhan dan ianya akan menyerap dan mendapatkan sepenuhnya zat nutrien yang dihasilkan daripada perkumuhan hidupan akuatik tadi. Selepas itu, secara semulajadi tanaman itu akan membekalkan semula air yang bersih dan bebas toksik bagi hidupan akuatik tersebut.
Hidupan akuatik yang tinggal dalam air tawar amat sesuai untuk diaplikasikan kepada sistem Akuaponik ini kerana kebanyakan tanaman memerlukan air tawar untuk hidup. Hidupan air masin boleh juga digunakan, tetapi tanaman yang akan digunakan juga perlulah sesuai dengan air masin itu tadi.
Sistem ini akan memastikan kitaran semulajadi ini akan berterusan tanpa henti.
Air hanya perlu ditambah apabila hanya untuk menggantikan kekurangan air yang disebabkan oleh penyerapan oleh tanaman, penyejatan secara semulajadi oleh udara dan juga apabila tangki ikan tadi dibersihkan.
FUNGSI
Akuaponik terdiri daripada dua (2) bahagian utama iaitu :
1. Bahagian Akuakultur : Digunakan untuk menternak hidupan akuatik
2. Bahagian Hidroponik : Digunakan untuk membesarkan tanaman
Peralatan yang terpenting di dalam aplikasi sistem Akuaponik adalah
pam air. Tanpa pam air, sistem ini tidak akan dapat berfungsi dengan sepenuhnya kerana pam air boleh diibaratkan sebagai 'jantung' kepada sistem ini. Pam air inilah yang akan membawa air sisa takungan hidupan akuatik yang bertoksik itu kepada tumbuhan untuk diserap sebagai sumber nutrien untuk pembesaran tanaman.
SEJARAH
Sepertimana sistem lain, sistem Akuaponik ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri, walaupun terdapat beberapa perdebatan mengenai awal kewujudannya.
Dalam sejarah kuno, dikatakan, kaum etnik Aztec (satu suku kaum Mexico yang mendominasi keseluruhan besar Mesoamerika yang hidup sekitar abad ke-14 hingga 16) yang memulakan penggunaan sistem Akuaponik ini dalam kehidupan seharian mereka.
Di
Asia pula, China Selatan dan Thailand dikatakan telah lama mengamalkan kaedah Akuaponik ini dalam penanaman padi dimana terdapat kombinasi dengan hidupan akuatik seperti ikan keli, belut, puyu dan pelbagai lagi spesis ikan air tawar.
Di
negara Barat pula, para saintis di Institut New Alchemy (Cape Cod, 1969-1991) telah memulakan eskperimen bagaimana untuk menukarkan sisa perkumuhan ikan kepada baja yang boleh digunakan sebagai sumber pembesaran tumbuhan.
Negara Amerika Syarikat, Kanada, Barbados (Amerika Selatan) dan juga Australia telah mula mempopularkan sistem Akuaponik ini yang terdapat dalam skala besar dan juga skala kecil. Mereka mula mempelbagaikan jenis hidupan akuatik dan juga tanaman yang sesuai diaplikasikan ke dalam sistem ini.
Manakala di
Malaysia, sistem ini masih boleh dikatakan baru di kalangan warganya kecuali mereka yang berkecimpung di dalam bidang akuakultur dan teknologi agro.
MENGAPA HARUS AKUAPONIK?
Teknik Akuaponik memiliki sangat banyak keuntungan berbanding kaedah penanaman konvensional., antara lain :
- Populasi tanaman organik yang dapat ditanam 10 kali lebih banyak. Dengan akuaponik tanaman dapat ditanam dengan kepadatan tinggi dengan sistem terapung di atas air. Sistem ini mampu menampung hingga 10 kali ganda jumlah tanaman pada keluasan yang sama. Dan setiap akar tanaman mendapat bekalan air yang kaya dengan zat nutrien.
- Tidak diperlukan lagi kerja membuang rumput-rumpai. Sistem ini menghilangkan kegiatan membuang rumput-rumpai.
- Tidak ada lagi hama tanah. Tidak diperlukan lagi racun pestisida, sehingga sayuran yang anda tanam bebas dari racun kimia.
- Tidak perlu lagi penyiraman. Sistem akuaponik menggunakan hanya 2% dari keperluan air pada cara penanaman konvensional. Air secara konsisten disirkulasikan, dan tidak akan kehilangan air akibat penyerapan tanah. Akar tanaman terendam dalam air bernutrisi.
- Mendapatkan hasil berganda. Selain sayuran yang dapat dijual, ikannya pun dapat dijual, kerana sistem aquaponik menghasilkan keduanya.
- Tanaman tumbuh 2 kali lebih cepat. Sebagai contoh tanaman salad yang biasanya dituai setelah 60 hari, dengan sistem ini hanya dalam waktu 29 hari sudah dapat dituai.
- Menggunakan tenaga (energi) 70% lebih rendah daripada kaedah penanaman konvensional.