Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tumbuhan yang berfungsi menghalau nyamuk. Menanamnya di laman rumah tentu bakal menjauhkan kediaman kita daripada gangguan nyamuk. Berikut ini saya kongsikan senarai, keterangan dan gambar tumbuhan-tumbuhan tersebut.
1. BUNGA GERANIUM / TAPAK DARA
Geranium Liar yang banyak terdapat di Malaysia
Pelbagai Varieti Geranium Yang Cantik Sebagai Penyeri Laman
Jenis tanaman ini mengandung zat yang mudah terbang memenuhi udara sekitarnya. Geranium sangat mudah ditanam di dalam pasu atau terus di tanah, kalau di pasu, ianya boleh pindahkan ke pelbagai tempat dengan mudah. Terdapat berbagai jenis Geranium yang mempunyai warna yang amat menarik. Untuk mendapatkannya anda bolehlah berkunjung ke nursery tanaman atau dapatkan saja geranium liar yang banyak ditanam terutama di kawasan FELDA.
2. PUDINA
Tanam pokok pudina di laman untuk menghalau nyamuk atau buat pati minyak menggunakan daun pudina. Pati minyak pudina menimbulkan bau yang dibenci nyamuk. Cara membuat minyak pati pudina adalah dengan mengisar pudina dengan minyak masak serta sedikit air.
3. BUNGA LAVENDER
Tanaman ini berasali dari Pegunungan Alp di negara Swiss. Berwarna ungu, beropol diujung tangkai. Tanaman ini biasanya menghiasi padang rumput di kaki pegunungan Alp menimbulkan suasana yang indah sekali. Nyamuk sangat tidak menyukai kerana aroma bunga ini membuat nyamuk pening. Ini adalah kerana bunga lavender mengandung zat linalool dan lynalyl acetate. Kedua zat ini boleh diperoleh dari proses penyulingan sehingga boleh diproses menjadi bahan anti nyamuk. Apakah kita perlu menyuling bunga lavender? Tidak, kita cuma perlu menanamnya di pasu atau tanah berhampiran tingkap bilik tidur kita.
4. BUNGA ROSEMARY (SELASIH)
Selasih (Ocimum) adalah tumbuhan yang boleh dimanfaatkan daun, bunga, dan bijinya sebagai rempah serta penyegar (tonikum). Pelbagai bahagian tumbuhan ini berbau dan berasa khas, kadang-kadang langu, harum, atau manis, tergantung jenisnya. Ada di antaranya yang boleh menyebabkan mabuk. Tumbuhan ini juga berguna untuk mengusir nyamuk. Beberapa jenis selasih, misalnya kemangi, berasal dari Asia Tenggara, namun sebagian besar dianggap berasal dari anak benua India.
5. CITROSA MOSQUITO
Citrosa Mosquito -Lemon Geranium
Tumbuhan ini adalah musuh nyamuk dan memerlukan cahaya matahari yang banyak. Menjaganyanya cukup mudah dan tidak memerlukan perhatian khusus. Hanya dengan air dan baja. Ketika disentuh, tumbuhan ini mengeluarkan bau limau yang sangat kuat yang akan mengusir serangga. Tumbuhan ini berasal dari Belanda. Juga berasal dari keluarga Geranium (lemon-geranium).
6. MINTROSA OF LADY DIANA
Mintrosa Of Lady Diana
Hampir sama dengan tumbuhan cintrosa, tumbuhan ini juga sangat dibenci nyamuk. Penjagaannya juga sangat mudah dan biasanya dijadikan tanaman penghias rumah. Tumbuhan ini juga mengeluarkan aroma atau bau yang sangat kuat sehingga dibenci oleh nyamuk. Tumbuhan ini berasal dari Belanda. Seperti Citrosa Mosquito, adalah sangat sukar untuk menemui jenis bunga ini di negara kita.
7. MARIGOLD (BUNGA TAHI AYAM)
Marigold berasal dari Mexico dan Guatemala. Terdapat dua jenis marigold yaitu Tagetes erecta (African Mari¬gold ) dan Tagetes patula (Dwarf French Marigold). Biasanya bunga yang lebih dikenali sebagai bunga tahi ayam ini digunakan untuk ditanam untuk menyerikan taman dan laman kerana warnanya yang menyerlah.
8. BUNGA KANTAN (KECOMBRANG)
Bunga Kantan (Etlingera eliator; sinonim Nicolaia elatior, Phaeomeria speciosa) merupakan tanaman yang digunakan dalam masakan. Bunga ini juga dapat mengusir nyamuk.
9. ZODIA (EVODIA SUAVEOLENS)
Orang Papua menggunakan pokok ini dengan cara menggosok daunnya ke kulit sebelum masuk ke hutan supaya terlindung dari serangan serangga, khususnya nyamuk. Daun-daun tersebut berasal dari tanaman yang disebut zodia (Evodia suaveolens). Kita ketahui, zodia ini tanaman asli Indonesia yang berasal dari Papua.
10. SERAI WANGI
Serai telah dikenal sebagai salah satu bahan yang sering digunakan sebagai bahan memasak, tetapi ada manfaat lain yang tidak kalah penting iaitu sebagai tanaman pengusir nyamuk. Tanaman rumput ini tidak disukai nyamuk kerana adanya zat geraniol dan sitronelal. Ekstrak serai juga kini banyak digunakan dalam pembuatan losyen penghalau nyamuk dengan aromanya yang khas.
11. AKAR WANGI
Tumbuhan ini banyak digunakan dalam industri minyak wangi. Tumbuhan akar wangi mampu mengawal populasi nyamuk aedes. Nyamuk aedes kononnya sangat takut menghadapi tumbuhan akar wangi. Bau menyengat yang keluar dari tumbuhan ini cukup menakutkan bagi nyamuk jenis itu. Kita boleh menggunakan tumbuhan ini sebagai senjata berkesan untuk mengusir nyamuk Selain baik untuk kesihatan, juga baik untuk persekitaran dan indah untuk menjadi penghias kawasan lapang.
Semoga bermanfaat :)