- Tanah yang berpasir sesuai bagi tanaman anggur.
- Gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 11/2 kaki, lebar 2 kaki . Adalah lagi baik bagi tanah berbukit yang tidak air bertakung didalamnya. Masukan tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja kedalam lubang yang disediakan.
- Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakan bagi mengelakan akar pokok daripada terendam air.
- Sekurang-kurangnya 1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar batas diperlukan.
- Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung disekitar pokok.
- Hindarkan menanam ditanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.
- Tanam secara pasu digalakan bagi kawasan perumahan.
- Sinaran matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.
- Kawasan berbumbung yang telus sinaran matahari amat digalakan supaya mendapat tanaman yang sihat dan senang diawasi dari serangan penyakit.
- Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 16-18 inci luas dan 14-18 inci dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah yang bermutu.
Kaedah Penyiraman Pohon Anggur :
- Penyiraman boleh dibuat apabila didapati tanah disekeliling pokok itu kering.
- Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan bertakung.
- Sebaik-baiknya penyiraman dibuat pada sebelah petang atau awal pagi.
- Siram cara berhati-hati dengan siraman air yang perlahan.
- Buat siraman pada pangkal pokok, daun tidak memerlukan air.
- Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik buahnya.
Kadar Pembajaan Pohon Anggur :
- Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.
- Sebaiknya gunakan baja NPK yang sama pada pokok muda.
- Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu.
- Jarak yang terbaik sesuatu pembajaan ialah 7 - 10 hari.
- Kurangkan angaran yang dicadangkan oleh pengeluar baja, gunakan 50% - 60% dari angaran yang sebenarnya.
Pemangkasan & Latihan (Rujuk Gambar 1)
- Permotongan hendaklah dibuat apabila pokok setinggi 5 kaki. Buang semua daun, ranting yang kurang sihat dan potong pucuknya.
- Pastikan cabang merayap ikut arah yang dikehendaki .
Pemangkasan untuk Pembuahan (Rujuk Gambar 2)
- Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.
- Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki.
- Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang.
- Potong pucuk kira - kira 4 atau 5 kaki dari cabang.
- Uruskan kerja dengan baik dan teratur .
- Bersihkan dikawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur disekitarnya .
- Pendedahan pada cahaya matahari perlu dari 80%-100%.
- Penyiraman haruslah dikurangkan atau dihentikan apabila buah hampir masak(30 hari sebelum buah di petik).
- Tanam secara batas dan sistem pengairan yang baik dapat membantu mengelakkan air berlebihan dikawasan akar.
- Merancang pembuahan pada musim panas.