• HOME
  • SITEMAP
  • Menu2
  • Menu3
  • Kontak
  • IKLAN PENIAGA DAN PEMBEKAL
  • Versi Mobile
Anjung Laman
  • Home
  • Daftar Isi
  • Akuakultur
    • Akuarium Air Tawar
    • Akuarium Marin
    • Kolam Hiasan
    • Ikan Hiasan
    • Ikan Air Tawar
    • Ikan Marin
  • Laman
    • Perabot Laman
    • Buaian Taman
    • Gazebo Pergola
  • Menu 2
  • Info Tani
    • Anggur
    • Akuaponik
    • Buah Naga
    • Kurma
    • Strawberi
  • Versi Mobile
  • Translate
Home > Akuakultur > Arowana > Ikan Air Tawar > Ikan Hiasan > Potensi Perniagaan Ternakan Ikan Arowana Translate ►

Potensi Perniagaan Ternakan Ikan Arowana

Unknown
Akuakultur Arowana Ikan Air Tawar Ikan Hiasan
Sabtu, 28 Jun 2014
Belum ada komentar

Potensi Perniagaan Ternakan Ikan Arowana. IKAN Arowana atau Scleropages Formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan agak tinggi harganya. Disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa sejak 70-an sehingga kini, jumlah populasinya di habitat asal semakin berkurangan dan pupus.

Oleh kerana itu spesies ikan ini telah dilindungi sebagai spesies kawalan untuk diimport dan dieksport di bawah Convention on the International Trade in Endargered Species of Wild Fauna and Flora (CITES).

Di Malaysia, aktiviti penternakan ikan Arowana juga turut dijalankan secara komersial untuk tujuan eksport ke pasaran antarabangsa dan antara agensi yang terbabit ialah Jabatan Perikanan. Secara semulajadi, ikan ini membiak sekali dalam setahun iaitu pada Jun hingga Ogos di habitat asalnya.


Di pasaran tempatan , harga arowana adalah di sekitar harga berikut:
  1. Arowana Emas Malaysia  bersaiz 15-20cm dijual dengan harga sekitar RM 1,500 – RM2,000 seekor ,
  2. Arowana Merah Indonesia bersaiz 15-20cm dijual dengan harga sekitar RM 1,500 – RM2,000 seekor
  3. Arowana Emas Indonesia dijual dengan harga RM300 – RM500 seekor. 
  4. Arowana Hijau pula dijual dengan harga sekitar RM25 –RM30 seekor. 
Bagi pasaran tempatan , urusniaga ikan ini tidak memerlukan sebarang kawalan undang-undang.

Di peringkat pasaran antarabangsa, urusniaga Arowana memelukan permit CITES yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan. Hanya ikan generasi F2 dari "Commercial Captive-breeding Operstion " yang ditakrifkan oleh CITES dibenarkan untuk diurus niaga. Bagi syarikat atau individu yang menjalankan operasi pengeluaran benih Arowana untuk pasaran luar negara , perlu mendaftar sebagai " Commercial Captive –breeding Operation " dengan kerjasama Jabatan Perhilitan . Syarikat utama yang perlu dipatuhi ialah ikan mestilah boleh dibiakkan dalam kurungan Sekurang-kurangnya sehingga generasi kedua atau F2.

Berdasarkan analisis LKIM, pelaburan ke atas projek ini agak besar yang mana kos bagi memulakan ternakan Arowana di atas tanah seluas 0.25 hektar dianggarkan sebanyak RM139,392 dengan kelengkapan paling minimum. Pulangan atau hasil pula hanya akan diperoleh pada tahun keempat atau kelima namun bergantung kepada tahap baka induk yang baik, pemakanan dan pengurusan.

Nilai pasaran ikan Arowana juga dipengaruhi oleh cita rasa peminat ikan tersebut namun ketika ini, permintaan serta harganya masih tinggi terutama bagi pasaran antarabangsa. Secara umumnya ketika ini tidak ramai yang mampu menceburi bidang pengeluaran benih ikan ini kerana modal permulaan dan operasi yang agak tinggi termasuk mengambil masa yang agak lama untuk membiak iaitu kebiasaannya pada umur lima tahun. Bagaimanapun, melihat kepada pasaran semasa, aktiviti ini boleh dilaksanakan dan mendatangkan pulangan yang lumayan.

Sumber

Share to

Facebook Google+ Twitter Digg
Masukan email Anda untuk Dapatkan Update terbaru dari Rismawan.NET.Gratis!
Next
« Post Lebih Baru
Previous
Post Lama »

0 ulasan:

Click here for ulasan

Terima kasih sudah berkomentar
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
  • Follow
  • Circle us
  • Like us
  • Subscribe

Artikel Popular

  • Rumah-rumah Tradisional Di Sabah dan Sarawak
  • Rumah-rumah Tradisional di Semenanjung Malaysia
  • Menanam Strawberi Daripada Biji Benih
  • 5 Kesilapan Semasa Membina Rumah
  • Tumbuhan Penghalau Nyamuk Penyeri Laman

Arkib Blog

  • ▼  2014 (25)
    • ►  Julai (11)
    • ▼  Jun (14)
      • Menanam Kurma Daripada Biji
      • Tips Kurma 3 : Teknik Alih Pokok Kurma
      • Tips Kurma 2 : Agar Kurma Berbuah
      • Kerusi dan Meja Laman
      • Industri Ikan Hiasan
      • Potensi Perniagaan Ternakan Ikan Arowana
      • Galeri Gambar Discus
      • Tips Sebelum Membuat Kolam Koi
      • Panduan Menanam Dragon Fruit (Buah Naga)
      • Panduan Menanam Serai
      • Info Asas Penanaman Anggur
      • Galeri Gambar Gazebo, Pergola dan Perabot Laman
      • Bina Gazebo Sendiri
      • Susur Galur Varieti Ikan Koi

Label

Akuakultur Akuaponik Anggur Arowana Discus Dragon Fruit Gazebo Ikan Air Tawar Ikan Hiasan Koi Kolam Hiasan Kurma Laman Perabot Laman Pertanian Rumah Senibina Serai Strawberi Talapia Tanaman

Sembang-sembang

Tools

Online Casinos

Jumlah Paparan Halaman

SEO Reports for anjunglaman.blogspot.com My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free Visit Anjung Laman at Ping.sg

Pautan Favourite

  • Afnan Hidroponik
  • Ahmad Faiz Dot Com
  • Benih Anggur Strawberry
  • Blog Abd Rashid Makhtar
  • Fazlisyam Dot Com
  • Hanafiah Fish Farmer
  • Mahfudz Aquaponik
  • Shamza Agro Product
  • Tanaman Sendiri
  • Terbeliak
  • New Movie 22
Tutorial Here

Blogger

Google+

Facebook

Soundcloud
Copyright © 2014 Anjung Laman - All Rights Reserved | Template by Maz Mawan - Powered by Blogger