Tujuan 'make over' adalah khusus untuk pokok kurma yang masih belum berbunga apatah lagi berbuah walaupun pokok kurma berkenaan sudah hampir sebaya dengan usia anak empunya pokok kurma tersebut. Boleh juga dipraktikkan kepadapokok kurma subur yang lain agar cepat mengeluarkan hasil buahnya.
Dan juga sangat praktikal diamalkan kepada pokok kurma berbunga atau/dan berbuah agar istiqomah mengeluarkan hasil.
Pokok Kurma yang hidup subur berbuah di Timur Tengah dan
sebahagian benua Afrika
Buat pengetahuan anda, tanah dan mukabumi negara kita bukannya seperti negara Timur Tengah serta Tanah Arab, bumi yang penuh barakah. Pokok kurma yang sihat di Malaysia ini mesti berpaksikan kepada penjagaan sesempurna mungkin bagi penghasilan buah. Sekiranya tidak berjaga dengan baik, pokok kurma tersebut hanya mampu menjadi penghias lanskap anda sahaja. Disebabkan faktor tersebutlah majoriti pokok kurma di Malaysia ini hanya mampu berbuah selepas tumbuh hidup antara 15 - 30 tahun. Jangkamasa tersebut teramatlah lama. Dan ada juga pokok yang langsung tak berbunga, apatah lagi berbuah..! Dan LEBIH MALANG lagi, pokok kurma 'veteran' berkenaan ditebang oleh pemiliknya atas keyakinan pokok kurma berkenaan memang tidak mampu berbuah langsung...!!!
'Imej' kebanyakan Pokok Kurma yang 'serabut' di Malaysia
Pertama sekali apa yang perlu ditekankan adalah dari segi 'paras rupa' pokok kurma tersebut. Lazimnya di Malaysia, dapat dilihat pokok kurma yang tumbuh samada di halaman rumah pemiliknya mahupun di perkarangan masjid, sungguh kesian sekali. Pokok paku pakis dan renek yang lain hidup subur 'tumpang glamour' di celah tunggul pelepah serta di celah dahan pelepah. Sepatutnya pokok paku pakis dan renek itu tidak dibiarkan tumbuh melata. Cabut keluar semua pokok-pokok tumpang berkenaan. Kikiskan lumut atau habuk pokok yang telah lama 'menginap' secara percuma. Singkirkan ulat atau kumbang pokok dari mendiami pokok kurma tersebut.
Keduanya masih dari segi keterampilan pokok kurma. Cantas dan takik pelepah kurma yang telah layu sehingga betul-betul rapat ke batang. Maknanya tiada lagi istilah 'tunggul pelepah' seperti yang kita biasa tengok pada pokok kelapa sawit. Maknanya juga kita boleh bersandar pada pokok kurma tanpa perlu terasa sakit tertusuk tunggul pelepah.
'Kekemasan' Pokok Kurma yang subur berbuah, tanpa
tunggul pelepah, bebas lumut dan serangga perosak
Sekiranya di tanam dalam pasu, pastikan rumput di dalam pasu berkenaan dicabut buang. Sekiranya ditanam di tanah pula, pastikan jarak secara bulatan antara setengah hingga dua kaki di sekeliling pepohon tamar dibersihkan daripada 'terhuninya' rumput.
Seterusnya kaedah penyiraman. Pokok yang baru dialih tanam ke dalam pasu atau tanah, siramkan 2 kali sehari dalam tempoh 3 minggu. Selepas daripada tempoh itu, sudah memadai dengan penyiraman sekali sehari atau boleh juga 3 kali seminggu.
Manakala
pembajaannya disyorkan menggunakan 100% organik sebarang jenama. Diingatkan, hanya baja organik yang TIDAK BERASASKAN NAJIS sahaja. Ikuti panduan yang dimaklumkan penggunaannya oleh jurujual baja organik berkenaan. Sebagai alternatif khusus, anda juga boleh mendapatkan supplimen BIO-ORGANIK yang diformulakan oleh SYFUL TAMAR sendiri khusus untuk tumbesaran serta pembuahan pepohon tamar anda..! Info berkenaan supplimen BIO-ORGANIK, sila klik
(di sini).
Segigih mana sekalipun anda mempraktikkan kaedah penjagaan pepohon tamar yang dikongsikan secara PERCUMA oleh kami, sehebat mana sekalipun baja yang digunakan bagi pembajaan pepohon tamar yang kami cadangkan, takkan sempurna untuk penghasilan pembuahannya sekiranya tidak diiringi dengan DOA.
DOA maksudnya di sini bukan sekadar berlisan sambil menadah tangan atau berbicara di dalam hati memohon kebaikan daripada-Nya, malah lebih meluas skop pengertiannya. Ianya mencakupi :
- Iltizam dengan penuh optimis yang pokok kurma anda akan mengeluarkan hasil kelak.
- B. Sentiasa berbicara dengan rangsangan kata-kata positif dan memberi belaian lembut terhadap pokok kurma bagi menzahirkan kasih sayang terhadap pokok kurma anda selaku makhluk Allah yang mendapat tempat di dalam Al-Quran serta sirah Nabi ini.
- C. Berselawatlah tatkala memandang pokok kurma anda, ketika menyentuhnya dan juga ketika mempraktikkan kaedah penjagaan serta pembajaan yang dikongsikan.
- D. Sayangi pokok kurma anda seadanya kerana status pepohon tamar dan buahnya yang merupakan penghias syurga serta menjadi antara makanan ruji para penghuninya kelak.
Diharapkan dengan info serba ringkas ini, mendatangkan manfaat kepada kita semua. Apalagi, 'make over'kanlah pokok kurma anda segera...!!!
Rencana Asal :
'MAKE OVER' POKOK KURMA ANDA YANG SEDIA ADA DAN YANG TELAH MEMBESAR