• HOME
  • SITEMAP
  • Menu2
  • Menu3
  • Kontak
  • IKLAN PENIAGA DAN PEMBEKAL
  • Versi Mobile
Anjung Laman
  • Home
  • Daftar Isi
  • Akuakultur
    • Akuarium Air Tawar
    • Akuarium Marin
    • Kolam Hiasan
    • Ikan Hiasan
    • Ikan Air Tawar
    • Ikan Marin
  • Laman
    • Perabot Laman
    • Buaian Taman
    • Gazebo Pergola
  • Menu 2
  • Info Tani
    • Anggur
    • Akuaponik
    • Buah Naga
    • Kurma
    • Strawberi
  • Versi Mobile
  • Translate
Home > Kurma > Tanaman > Tips Kurma 3 : Teknik Alih Pokok Kurma Translate ►

Tips Kurma 3 : Teknik Alih Pokok Kurma

Unknown
Kurma Tanaman
Isnin, 30 Jun 2014
Belum ada komentar


Tips Kurma 3 : Teknik Alih Pokok Kurma. 

Berikut adalah 7 teknik yang perlu dilakukan apabila mengalih anak pokok kurma dari poli beg ke lokasi tanaman (Pasu atau Tanah). 

Teknik-teknik ini mempunyai nilai tinggi untuk dipratikkan kepada semua jenis pokok dan tumbuhan.

Teknik Pertama :

Mulakan dengan kalimah Bismillah, bersihkan anak pokok dalam poli beg dengan mencabut rumput di permukaan tanah dan sekeliling beg poli. Bersihkan juga lokasi penanaman (pasu atau tanah) yang mahu dipindahkan. Cantas mana-mana dahan, ranting dan daun pokok yang telah layu.




Teknik Kedua :

Gali/Korek lubang tanah mengikut sukatan ketinggian tanah dalam poli beg. Sebagai contoh, kedalaman lokasi penanaman adalah bersamaan ketinggian tanah dalam poli beg yang sepanjang jari telunjuk. Boleh diukur dengan lidi, pembaris dan sebagainya.





Teknik Ketiga :

Lakukan pemotongan pada lubang terakhir sekeliling beg poli tersebut sehingga terdedah dasar tanahnya. Semasa proses pemotongan, sila ampu beg poli secara mengiring agar tanah tidak terlerai dengan banyak. Mana-mana akar yang terkeluar dari mana-mana lubang, 'ekjas' skil pemotongan anda supaya tak terpotong akar tersebut. Tapi kalau terpotong pun 'idok ngape', cuma anak pokok tu ambil masa la siket bagi 'merawat kecederaan' tersebut.



Teknik Keempat :

Pisahkan bahagian bawah yang dipotong itu daripada tanah secara perlahan-lahan agar tanah tidak terurai dengan teruk.





Teknik Kelima :

Dengan diiringi selawat sepanjang proses, letakkan anak pokok dalam beg poli yang telah dipotong bahagian bawahnya itu ke dalam dasar lubang yang telah digali. Kemudian tarik dengan perlahan-lahan dan lemah-lembut (petua ini bagi menzahirkan kasih sayang terhadap pokok yang ditanam) dari beg poli berkenaan.







Teknik Keenam :

Kambus kembali lubang dan siram secara kerap 2 - 3 kali sehari selama 2 minggu pertama. Amalkan juga pembajaan melalui baja organik sahaja.






Teknik Ketujuh :

Sentiasa berkomunikasi dengan pokok anda seperti memberi salam, bertanya khabar, ‘hamburan’ dengan kata-kata positif, belai dengan sentuhan lembut diiringi zikir, selawat dan doa. Ianya merupakan tonik terbaik agar pokok kita hidup subur dan segar bugar serta mampu mengeluarkan hasil yang membuak-buak dengan banyak kelak.




Semoga Anda Dipermudahkan untuk Mencuba..! :)

Artikel asal : Syful Tamar

Share to

Facebook Google+ Twitter Digg
Masukan email Anda untuk Dapatkan Update terbaru dari Rismawan.NET.Gratis!
Next
« Post Lebih Baru
Previous
Post Lama »

0 ulasan:

Click here for ulasan

Terima kasih sudah berkomentar
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
  • Follow
  • Circle us
  • Like us
  • Subscribe

Artikel Popular

  • Rumah-rumah Tradisional Di Sabah dan Sarawak
  • Rumah-rumah Tradisional di Semenanjung Malaysia
  • Menanam Strawberi Daripada Biji Benih
  • 5 Kesilapan Semasa Membina Rumah
  • Tumbuhan Penghalau Nyamuk Penyeri Laman

Arkib Blog

  • ▼  2014 (25)
    • ►  Julai (11)
    • ▼  Jun (14)
      • Menanam Kurma Daripada Biji
      • Tips Kurma 3 : Teknik Alih Pokok Kurma
      • Tips Kurma 2 : Agar Kurma Berbuah
      • Kerusi dan Meja Laman
      • Industri Ikan Hiasan
      • Potensi Perniagaan Ternakan Ikan Arowana
      • Galeri Gambar Discus
      • Tips Sebelum Membuat Kolam Koi
      • Panduan Menanam Dragon Fruit (Buah Naga)
      • Panduan Menanam Serai
      • Info Asas Penanaman Anggur
      • Galeri Gambar Gazebo, Pergola dan Perabot Laman
      • Bina Gazebo Sendiri
      • Susur Galur Varieti Ikan Koi

Label

Akuakultur Akuaponik Anggur Arowana Discus Dragon Fruit Gazebo Ikan Air Tawar Ikan Hiasan Koi Kolam Hiasan Kurma Laman Perabot Laman Pertanian Rumah Senibina Serai Strawberi Talapia Tanaman

Sembang-sembang

Tools

Online Casinos

Jumlah Paparan Halaman

SEO Reports for anjunglaman.blogspot.com My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free Visit Anjung Laman at Ping.sg

Pautan Favourite

  • Afnan Hidroponik
  • Ahmad Faiz Dot Com
  • Benih Anggur Strawberry
  • Blog Abd Rashid Makhtar
  • Fazlisyam Dot Com
  • Hanafiah Fish Farmer
  • Mahfudz Aquaponik
  • Shamza Agro Product
  • Tanaman Sendiri
  • Terbeliak
  • New Movie 22
Tutorial Here

Blogger

Google+

Facebook

Soundcloud
Copyright © 2014 Anjung Laman - All Rights Reserved | Template by Maz Mawan - Powered by Blogger