• HOME
  • SITEMAP
  • Menu2
  • Menu3
  • Kontak
  • IKLAN PENIAGA DAN PEMBEKAL
  • Versi Mobile
Anjung Laman
  • Home
  • Daftar Isi
  • Akuakultur
    • Akuarium Air Tawar
    • Akuarium Marin
    • Kolam Hiasan
    • Ikan Hiasan
    • Ikan Air Tawar
    • Ikan Marin
  • Laman
    • Perabot Laman
    • Buaian Taman
    • Gazebo Pergola
  • Menu 2
  • Info Tani
    • Anggur
    • Akuaponik
    • Buah Naga
    • Kurma
    • Strawberi
  • Versi Mobile
  • Translate
Home > Akuakultur > Ikan Air Tawar > Ikan Hiasan > Koi > Kolam Hiasan > Tips Sebelum Membuat Kolam Koi Translate ►

Tips Sebelum Membuat Kolam Koi

Unknown
Akuakultur Ikan Air Tawar Ikan Hiasan Koi Kolam Hiasan
Khamis, 5 Jun 2014
Belum ada komentar

Kolam hiasan adalah satu elemen penting dalam menyejuk dan mendamaikan halaman anda. Anda ingin membuat kolam ikan koi? Tips berikut ini mungkin akan membantu merealisasikan impian anda tersebut.

Ikan koi (Cyprinus Carpio) adalah jenis ikan yang banyak dipelihara dalam kolam-kolam hiasan  kerana keindahan tubuhnya dan warnanya. Ikan koi mempunyai corak yang khas dan dipercaya mampu membawa nasib baik. Geraknya yang lincah dan menawan membuat ikan ini sangat baik sebagai terapi stress.

Biasanya, ikan koi tidak dipelihara di akuarium melainkan di kolam, sebab keindahan ikan ini terdapat di bahagian punggungnya. Selain itu, ukuran kolam yang lebih besar juga memungkinkan koi bergerak lebih selesasa.

Sifat-sifat ikan koi :
  • Ikan koi suka menggosokkan tubuhnya di pinggir dan dasar kolam.
  • Ikan koi memerlukan oksigen dalam jumlah banyak
  • Ikan koi menyukai kolam berarus
  • Ikan koi memerlukan cahaya matahari terus untuk menjaga keindahan sisiknya
  • Ikan koi lebih menyukai air bersuhu hangat daripada sejuk
  • Karakteristik-karakteristik di atas akan sangat membantu anda sebagai pedoman dalam membuat kolam yang ideal bagi pertumbuhan ikan koi.



Berikut panduan pembuatannya :

1. Pemilihan Lokasi

Menurut lokasinya, kolam ikan koi dapat dibezakan menjadi dua macam iaitu kolam indoor dan kolam outdoor. Kolam indoor adalah kolam yang berada di dalam suatu bangunan. Sedangkan, kolam outdoor adalah kolam yang berada di luar bangunan.

Oleh itu dapat disimpulkan bahwa kolam indoor akan mendapatkan sedikit sinar matahari. Suhunya pula cenderung sejuk dan memerlukan teknik tertentu agar suhu yang sepatutnya dapat dihasilkan, membuatkan koi sihat dan kitaran hidupan di dalam kolam juga baik.

Sebaliknya, pada kolam outdoor, kolam akan mendapatkan sinar matahari yang banyak. Oleh itu,  teknik tertentu diperlukan agar suhu kolam tidak terlalu panas, terutama ketika siang hari. Posisi kolam yang berada di luar pun membuat kolam jenis ini cenderung lebih mudah terkena kotoran.


2. Perancangan Bentuk Kolam

Setidaknya, ada tiga bentuk kolam, iaitu persegi, lingkaran, dan bebas.

  • Bentuk persegi digunakan jika anda ingin menciptakan gaya kolam yang formal. Gaya ini sesuai untuk pelengkap rumah minimalis, modern, dan ruangan untuk keperluan rasmi.
  • Kolam berbentuk lingkaran dan elips cocok anda buat pada rumah bergaya elegan, mewah, tradisional, dan ruangan informal. 
  • Kolam berbentuk gaya bebas, sesuai diaplikasikan pada rumah penginapan seperti vila dan hotel. Untuk memperoleh inspirasi bentuk kolam yang lebih banyak, silakan lihat artikel kami di sini.



3. Perancangan Sistem Penapisan (Filteration)

Sebagaimana kolam ikan lainnya, kolam koi pun perlu dilengkapi sistem penapisan untuk menghasilkan oksigen dan menjaga kebersihan air kolam.

Pada kolam ikan koi, sistem filterasinya dilengkapi dengan dua jenis saluran, iaitu saluran air bersih dan saluran air kotor. Pada saluran air bersih, air hasil pengolahan filter akan dialirkan kembali menuju kolam. Sedangkan saluran air kotor berfungsi untuk menyedut air dan kotoran untuk dialirkan ke sistem filterasi.

Filterasi kolam ikan biasanya terdiri dari tiga kolam tambahan (compartment) khusus untuk tujuan penapisan. Kolam pertama berfungsi untuk menyaring kotoran yang berukuran besar. Sedangkan pada kolam kedua dan ketiga selain sistem filter, juga terdapat sistem sebagai tempat pertumbuhan bakteria penjernih air.

Selain filterasi, kolam juga memerlukan aerator yang berguna untuk menciptakan gelembung-gelembung udara yang boleh menambah kadar oksigen dalam air. Bentuk aerator ini mungkin berupa air terjun dan air pancut.


4. Penentuan Ukuran Kolam

Pada tahap ini, anda memerlukan ketelitian dan pertimbangan agar kolam yang dihasilkan bersesuaian dengan rancangan rekabentuk. Kedalaman ikan koi yang ideal adalah 1 meter untuk koi berukuran kurang dari 30 cm, 1-1,5 meter untuk koi berukuran antara 30-40 cm, dan kedalaman lebih dari 1,5 meter untuk koi berukuran lebih dari 40 cm.

Selain itu, penentuan ukuran ini juga harus memperhatikan populasi ikan yang bakal menempati kolam anda. Populasi yang terlalu sedikit menyebabkan ikan sukar menemui makanan. Sebaliknya, apabila terlalu banyak menyebabkan ikan berebut makanan dan oksigen. Populasi yang ideal adalah seekor ikan koi menempati 3 X ukuran tubuhnya.


5. Penggalian Tanah

Tingkat kesukaran penggalian tanah akan berbeza-beza mengikut jenis tanah dan kedalaman air yang dikehendaki. Di tempat yang matairnya hampir ke permukaan bumi pam air diperlukan untuk memudahkan kerja penggalian anda.


6. Konkrit dan Pemasangan Batu Bata

Setelah galian tanah benar-benar kering, langkah selanjutnya adalah konkrit. Proses konkrit harus dilakukan dengan cepat agar tidak terjadi rembesan air tanah kembali. Begitu juga semasa pemasangan batu bata diperlukan teknik yang betul agar kolam berdiri kukuh dan tidak mudah rosak.


7. Pem'plaster'an Pemlesteran Kolam

Tujuan proses plaster adalah untuk memperhalus kolam agar permukaannya tidak melukai ikan koi. Kemudian berikan 'epoxy' untuk menghilangkan kadar zat alkali yang terkandung dalam simen. Terakhir, tambahkan coating sebagai pelapis agar kolam tidak mudah retak.


8. Penyetabilan Kolam

Jangan terus mengisi kolam yang baru dibuat dengan ikan, sebab keadaan di dalamnya masih berbahaya bagi ikan. Hal ini tidak lain kerana kolam (simen baru) mengandungi alkali seperti yang sudah disebutkan sebelumnya.

Pada minggu pertama, kolam perlu ditukar airnya setiap hari dengan ditambah ubat pembunuh kulat dan kutu. Seterusnya, pada minggu kedua sampai ketiga, kolam perlu diberikan probiotik. Barulah pada minggu keempat sampai satu bulan, kolam tersebut boleh dicuba kesesuaiannya.

Peliharalah ikan koi “murahan” ketika melakukan ujicuba ini agar anda tidak mengalami kerugian yang besar. Amati pertumbuhannya selama dua minggu. Jika ikan-ikan ini kelihatan sihat, maka kolam tersebut sudah layak digunakan untuk ikan koi kegemaran anda.






9. Melepaskan Ikan Koi ke Kolam

Perlu berhati-hati ketika melepaskan ikan ke kolam. Langkah pertama ialah memasukkan ikan bersama bekas plastiknya ke kolam dan biarkan lebihkurangr satu jam. Ini adgualah supaya suhu air dalam beg plastik berangsur-angsur sama dengan suhu kolam sehingga ikan lebih mudah menyesuaikan dirinya dengan air kolam. Pelepasan sebaiknya dilakukan pagi pagi hari agar sinar matahari lebih banyak.

Semasa anda membuka plastik dan ikan keluar menuju kolam, biasanya koi terus bersembunyi di dasar. Oleh kerana itu, anda perlu menyiapkan tempat persembunyian seperti tumbuhan air agar ikan tidak merasa stres. Apabila ikan koi sudah selesa dengan keadaan kolam, dia akan siap bermain dengan anda.



Tips Tambahan

Veggie Filter (Filter Tanaman)
Sesuai dengan namanya filter ini menggunakan tanaman air sebagai media filternya..Fungsi veggie adalah menyerap nitrat iaitu produk terakhir dari proses nutrifikasi air dimana bio chamber tidak mampu / sempat memproses dari nitrit ke nitrat. Penempatan veggie filter ini adalah pada chamber terakhir sebelum air bersih masuk ke kolam.


Tanaman yang biasa digunakan :
  • Melati air
  • Tifa
  • Payung2-an
  • Kapu2
Yang perlu diberi perhatian :
Untuk veggie filter ini usahakan air yang mengalir ke media ini jangan terlampau deras, kerana nanti keberkesanan dari proses nitrafikasinya tidak optimum..sebaikanya diberi ball valve pada paip di veggie filter ini.

20 Questions To Ask Yourself Before You Build a Koi Pond

SELAMAT MENCUBA

Rujukan
Kedalaman kolam koi

Share to

Facebook Google+ Twitter Digg
Masukan email Anda untuk Dapatkan Update terbaru dari Rismawan.NET.Gratis!
Next
« Post Lebih Baru
Previous
Post Lama »

0 ulasan:

Click here for ulasan

Terima kasih sudah berkomentar
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
  • Follow
  • Circle us
  • Like us
  • Subscribe

Artikel Popular

  • Rumah-rumah Tradisional Di Sabah dan Sarawak
  • Rumah-rumah Tradisional di Semenanjung Malaysia
  • Menanam Strawberi Daripada Biji Benih
  • 5 Kesilapan Semasa Membina Rumah
  • Tumbuhan Penghalau Nyamuk Penyeri Laman

Arkib Blog

  • ▼  2014 (25)
    • ►  Julai (11)
    • ▼  Jun (14)
      • Menanam Kurma Daripada Biji
      • Tips Kurma 3 : Teknik Alih Pokok Kurma
      • Tips Kurma 2 : Agar Kurma Berbuah
      • Kerusi dan Meja Laman
      • Industri Ikan Hiasan
      • Potensi Perniagaan Ternakan Ikan Arowana
      • Galeri Gambar Discus
      • Tips Sebelum Membuat Kolam Koi
      • Panduan Menanam Dragon Fruit (Buah Naga)
      • Panduan Menanam Serai
      • Info Asas Penanaman Anggur
      • Galeri Gambar Gazebo, Pergola dan Perabot Laman
      • Bina Gazebo Sendiri
      • Susur Galur Varieti Ikan Koi

Label

Akuakultur Akuaponik Anggur Arowana Discus Dragon Fruit Gazebo Ikan Air Tawar Ikan Hiasan Koi Kolam Hiasan Kurma Laman Perabot Laman Pertanian Rumah Senibina Serai Strawberi Talapia Tanaman

Sembang-sembang

Tools

Online Casinos

Jumlah Paparan Halaman

SEO Reports for anjunglaman.blogspot.com My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free Visit Anjung Laman at Ping.sg

Pautan Favourite

  • Afnan Hidroponik
  • Ahmad Faiz Dot Com
  • Benih Anggur Strawberry
  • Blog Abd Rashid Makhtar
  • Fazlisyam Dot Com
  • Hanafiah Fish Farmer
  • Mahfudz Aquaponik
  • Shamza Agro Product
  • Tanaman Sendiri
  • Terbeliak
  • New Movie 22
Tutorial Here

Blogger

Google+

Facebook

Soundcloud
Copyright © 2014 Anjung Laman - All Rights Reserved | Template by Maz Mawan - Powered by Blogger